Social Icons

Pages

Sunday, February 12, 2012

"Ya Allah, Kau kuatkan lah hati ini. Kau kuatkan lah bagi aku tenang untuk menempuh dugaan perasaan yang Kau berikan ini. Sesungguhnya aku bersyukur kerana Kau telah menganugerahkan rasa cinta aku terhadap kaum hawa. Jika dia terbaik untuk aku, Kau permudahlkanlah jalan untuk aku terus mendekatinya. Jika dia bukan untuk aku, Kau berilah petunjuk supaya aku tidak menaruh harapan yang lebih tinggi terhadap dirinya. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui. Amin ya rabbal alamin."


Itulah doa yang sentiasa Kim panjatkan ke hadrat Ilahi setelah selesai menunaikan perkara wajib bagi umat islam. 
Seperti selalu, Kim akan keluar ke cafe untuk melepak dengan Ray. Satu-satunya kawan yang memahami isi hati Kim.


"So, macam mana sekarang? Apa perkembangan terbaru dengan bunga yang telah menarik perhatian kau tu?" Ray memulakan bicara.
"Ish, kau ni. Takda topik lain ke nak ditanya? Topik tu juga kau nak tanya." Getus Kim.
"Dah kau dari tadi asyik termenung saja dari tadi macam mana aku nak buka topik lain. Tak lain tak bukanlah tu, mesti kau tengah fikir pasal perempuan tu. Walaupun aku tak kenal dengan perempuan tu tapi aku boleh agak mesti perempuan tu agak istimewa bagi kau kan.?" Ray tersenyum melihat gelagat kawanya itu yang tak kesudahan mengalamun sendirian.
"Ya, memang istimewa. Tapi yang istimewa tu lah buat aku macam tak layak nak mendampingi dia. Arrghh, aku dah pening, dah tak tau apa yang harus aku buat sekarang ni. Aku cuma takut bertepuk sebelah tangan ja Ray." Kim mengeluh sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Come on Kim. Jangan cepat berputus asa. Kan aku ada bagi tau kat kau hari tu kan jangan buat andaian selagi kau belum pasti akan jawapannya. Kau ada bagi tau dia yang kau minat kat dia?." Ray menanyakan soalan.
"Adaa, hari tu. Aku ada bagi tau kat dia yang aku minat kat dia." Kim memberi respon.
"Reaksi dia apa?" Ray ingin tahu.
"Dia cuma terkejut, itu ja." 
"Dia ada cakap yang dia tak berminat dengan kau atau dia ada cakap yang dia cuma nak berkawan ja dengan kau?" Bertubi-tubi Ray menanyakan soalan.
"Tak pulak, seingat aku dia cuma terkejut. Itu jaa. Seperti yang kau tanya tu tak pulak dia ada cakap." Kim cuba mengingat kembali.
"See, itu bermakna masih ada peluang. Dia sendiri tak ada cakap macam tu kan. Jadi jangan risau la Kim, masih ada harapan tu. Aku bukan nak bagi harapan kat kau Kim. Itulah, yang macam mana aku cakap tadi. Jangan buat andaian kalau kita tak tau jawapannya sendiri dan tak keluar dari mulut empunya diri lagi." Ray memberi hujah yang bernas.
"Entahlah Ray, aku pun tak tau nak cakap apa lagi. Dah tak tentu arah aku di buatnya. Kau tau Ray, setiap saat aku teringat kat dia. Kadang-kadang kalau aku macam ternampak dia, padahal itu orang lain. Boleh gila aku dibuatnya." Kim mengadu apa yang selalu dia alami.
"Hahahaha, kau ni dah angau teruk ni." Ray mentertawakan Kim yang sememangnya tengah angau.
"Haa, gelak la lagi. Dulu kau pun sama macam aku. Tapi kau lagi teruk lagi dari aku sampai demam kau di buatnya dek perempuan yang kau suka dulu." Kim mengungkit kembali.
"Okay-okay, aku gurau ja lah. Amboi, marah sampai mengungkit. Itu kisah lama Kim. Erhm, kau ada sms dia? Selalu?" Ray mengubah topik bagi mengelak menjadi ejekan Kim.
"Adaa. Selalu jugaklah. Haa, ni lagi satu. Setiap kali kalau aku sms dengan dia, mesti aku jadi blurr. Aku dah macam lost identity. Tak tau nak bualkan pasal apa. Itu yang buat aku kadang-kadang macam aku ni membosankan bila sms dengan dia. Macam mana aku nak tarik perhatian dia kalau macam tu kalau contact dengan dia aku jadi blurr?" Kim mengeluh untuk yang ke berapa kali banyaknya.
"Aiks, pelik. Kau dengan perempuan lain aku tengok dah macam bercinta bukan main bergurau. Dengan dia ni kau jadi blurr pulak. Alah, kau buat biasa ja dulu. Keep contact her. Jangan stop. Nanti lama-lama kau dah biasa mesti elok punya tu. Haa, time tu baru dia kenal siapa Jimmy Hakimi yang sebenar dan yang bukan si blurr. Hahaha." Ray bergurau dengan sindiran.
"Amboi, kau Ray. Kalau nak memerli aku bukan main lagi seronok kau yea."  
"Alah, bukan selalu aku dapat perli kau macam ni. Selalunya aku yang kena dengan aku. Okay, macam ni. Kau nak aku tolong tak? Kalau nak, aku boleh tolong tapi kau kena kenalkan aku dengan dia la dulu. Amacam?" Ray memberi cadangan.
"Tak apa lah Ray. Aku rasa aku nak cuba sendiri. Nak cuba dengan usaha aku sendiri. Taknak ada orang tolong. Nanti kau tolong, dia fikir aku ni tak gentle pulak tak pun nanti kau pulak yang nak mengenen dia tu. Kau dah tolong support aku pun, dah dikira okay sangat-sangat." Kim menyindir Ray.
"Hahaha, takut jugak kau kat aku? Aku taula aku handsome sikit dari kau. Ada jugak perasaan takut kau rupanya. Aku ingat takda." Ray ketawa.
"Kau handsome dari aku? Lalala. Aku bukan takutlah cuma berwaspada. Dua benda yang berbeza. Dah la, jom balik. Dah nak pukul 12 malam ni." 
"Jom, nanti apa-apa hal kalau kau nak tanya pendapat aku, kau halo-halo ja aku. Takpun kau cari ja aku. Okay? 
"Alright. Btw, terima kasih sebab bagi nasihat yang tak seberapa tu. Hahaha." Kim mengejek.
"Mulut kau dengan longkang memang sama padankan? Dah malas aku nak layan orang angau macam kau ni. Balik cepat-cepat lagi bagus. Jumpa lagi nanti."


Selagi kita sendiri tak tau akan jawapan sesuatu perkara, jangan buat andaian yang negatif. Dengan membuat andaian yang negatif boleh meracun fikiran kita dan akan membuat kita tidak boleh fikir dengan betul. Cuba memastikan sesuatu perkara betul atau tidakkan lebih baik dari kita cuba asyik berfikir yang buruk. Berprasangka buruk akan menyebabkan kita akan cepat berputus asa sebelum kita berjuang mendapatkan sesuatu. Itu amat merugikan kita sendiri.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates