Tempat di mana aku mula berdikari sendiri iaitu bekerja atau pun merantau.
Bekerja sebagai peyambut tetamu di Skyway Bhd.
Ditakdirkan aku bekerja dengan seorang perempuan yang manis.
Memang ciri-ciri yang aku suka walaupun banyak lagi perempuan kat Genting tu tapi dia yang lebih menarik perhatian aku.
Dah dekat dua bulan bekenalan secara rasmi sebagai kawan dan aku beranikan diri untuk berkenalan secara rasmi untuk ke arah yang lebih serius.
Aku pun hantar pesanan ringkas.
"Aku rasa aku dah suka kat kau la, dan aku rasa aku nak berkenalan dengan kau dengan lebih rapat lagi itu pun kalau kau bagi".
Esoknya aku tegur dia, dia buat endah tak endah ja.
Kalau dah tegur berdepan pun tak layan apatah lagi dalam sms lagi la tak dilayan.
Kalau macam nilah sakitnya kalau berterus terang, lebih baik aku tahan sakit memendam perasaan asalkan aku dapat dekat dengan dia dari aku berterus terang tapi jauh dengan dia.
Dari situ aku dapat sesuatu yang berguna, berterus terang kadang-kadang menyiksakan tapi membawa kebaikan, tapi memendam perasaan juga meyiksakan tapi membahagiakan.
Dan aku rasa, aku dah jumpa perempuan yang telah membuat aku dibuai perasaan selepas dua tahun.
Sekarang hanya tunggu masa yang sesuai untuk diluahkan apa yang perlu diluahkan kalau dipendam lama-lama pun tak guna jugakkan.
Sampai bila nak pendam dan layan perasaan sendiri.
Terimas kasih blog tak jemu bagi aku menulis.
No comments:
Post a Comment