Hari ini bertarikhkan 24 Februari 2012 bersamaan hari Jumaat.
Setelah selesai menunaikan solat jumaat ada satu pengumuman.
Di mana pemberitahuan ada tabung kutip derma bagi abang kepada seorang pelajar di UiTM kedah akan di bedah. Tak salah pendengaran aku bahawa, ibu dan bapa pelajar ni lumpuh. Jadi dia hanya ada abang tempat dia bergantung. Tapi abang dia pula akan di bedah. MasyaAllah besar sungguh dugaan dia nak hadapi.
Seorang pelajar yang tempat dia bergantung sedang hadapi musibah dan Ibu bapa yang dalam keadaan tak berupaya macam mana pelajar ni nak mengawal keadaan dan emosi? Dengan Final exam dah nak dekat. Harap pelajar itu kuat kerana setiap musibah ada kebaikan yang akan menanti.
Hari ni juga aku dapat tahu bahawa bapa kepada kawan aku telah meninggal dunia di Tanah Suci Mekah. Di ucapkan salam takziah semoga rohnya di curi-curi rahmat. Menghembuskan nafas terakhir di Tanah Suci adalah satu anugerah yang sangat umat Islam impikan. Kuatkan semangat kepada anak arwah iaitu Nur Aqillah, dan nasihat di sini
"Kau patut berbangga sebab ayah kau terpilih untuk mati di Tanah Suci sebab tak semua orang berpeluang mati di Tanah Suci walaupun dengan keinginan yang tinggi kerana ajal maut semua kehendak Allah. Kau patut menangis dengan bangga bukan dengan kesedihan."
Friday, February 24, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment