Kerana bagi mereka manis adalah sesuatu yang ingin di rasai oleh setiap insan.
Tapi adakah mereka tahu, walaupun pahit tetapi lebih membahagiakan mereka berbanding manis?
Tidak semua sedar akan perkara itu, yang sedar ada pun hanya untuk sementara sahaja.
Itu sebab manusia ni mudah lupa bila mengecapi kemanisan.
Lupa untuk berkongsi kemanisan bersama orang lain.
Mereka lupa kenikmatan itu seharusnya berkongsi dengan orang lain, dan bagi peluang untuk orang lain merasainya bersama.
Tetapi bila pahit yang mereka rasa, mereka akan membiarkan orang lain merasai juga sedangkan bila manis yang mereka rasa, mereka akan mementingkan diri sendiri. Itu tidak adil bukan?
Tangan Memberi Lebih Mulia Dari Tangan Yang Menerima.
No comments:
Post a Comment