Social Icons

Pages

Friday, September 30, 2011

Bab 4

"Apa yang awak menungkan tu sampai abang dah balik dari pejabat siap tukar baju pun awak tak perasan?" Tanya Tan Sri kepada isterinya yang aneh dengan perlakuan isterinya itu lepas seminggu Kimie berlepas ke Australia.
"Saya teringat dekat anak kesayangan awak tu lah". Balas Puan Sri.
"Dia pergi sana baru seminggu dah awak termenung macam ini. Dah macam orang tengah hangat bercinta pulak awak ni". Seloroh Tan Sri sambil tersenyum.
'Abang, kalau saya nak tanya sesuatu boleh?".
"Awak nak tanya apa?" Tan Sri merasa hairan.
"Abang, patut tak kalau kita cerita kat Kimie benda yang dia patut tahu?" Puan Sri menujukan soalan.
"Benda apa yang dia patut tahu?rasanya kita takda apa-apa yang kita rahsiakan dari dia".Tan Sri Abdullah menjawab.
"Ish abang ni, abang dah lupa ke yang abang ada janji dengan saya yang abang akan beritahu dia yang dia ada sorang adik lagi".

Dengan tak semena-mena Tan Sri Abdullah teringat kisah lampau mereka sewaktu kehidupan mereka susah.

"Nanti-nantilah, belum masanya lagi untuk kita bagi tahu dia. Lagi pun dia tak bersedia lagi". Tan Sri memberi respon.
"Habis tu abang nak tunggu sampai bila yang Kimie nak bersedia?dia dah besar abang. Lambut laun dia akan tahu jugak tak dari mulut  kita dari mulut orang lain. Kita tak tahu abang". Tegas Puan Sri.
"Awak tahukan abang dah upah penyiasat untuk cari anak kita tu. Lagi pun tempat tinggal orang yang ambik anak kita tu dah pindah ke tempat lain." Tan Sri mengeluh.
"Maksud abang, abang akan beritahu dia lepas abang jumpa anak kita tu macam tu?". Bertubi-tubi Puan Sri menanyakan soalan kepasa suaminya.
"Lebih kurang macam tu la sayang". Tan Sri menjawab dengan rasa bersalah.
"Kita dah cari anak kita tu dah lama abang, semenjak Kimie belajar kat luar negara lagi. Tapi tak jumpa apa-apa petunjuk yang boleh kita tahu kat mana anak kita tu sekarang. Kalau kita bagi tahu dia sekarang, sekurang-kurangnya dia tak rasa terkejut sangat bila dia dapat tahu nanti bahawa dia ada lagi seorang adik. Adik kandung dia sendiri. Darah daging kita juga. Lagi pun kalau kita bagi tahu dia sekarang kan lebih elok sebab nanti kalau dia dapat tahu dari orang lain bukan dari kita, takut nanti jadi lain. Kita tak tahu apa akan jadi akan datang". Tegas Puan Sri dengan penuh perasaan.
"Erhm, nanti la abang fikirkan dulu tapi abang rasa buat masa sekarang ni kita rahsiakan dulu." Tan Sri menjawab sambil mengelap airmata isterinya itu.

Tan Sri Abdullah dan Puan Sri Norlimah telah melalui perjalanan hidup yang susah 25 tahun dahulu. Dimana, perkahwinan mereka tidak direstui keluarga. Mereka mengambil keputusan untuk kawin lari. Dengan tindakan mereka itu, ,mereka telah dibuang keluarga. Tan Sri dan Puan Sri dikurniakan 2 orang anak iaitu Ishakimie dan juga Iskandar. Ishakimie merupakan yang sulung dan Iskandar anak kedua ataupun bongsu. Dengan kehidupan Tan Sri dan Puan Sri pada masa dahulu dimana kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka terpaksa menyerahkan Iskandar yang berumur 9 bulan ke keluarga angkat untuk meringankan beban mereka. Mungkin tindakan mereka ada pihak yang salah erti, namun hati ibu bapa mana yang sanggup melihat anak mereka merasa kesusahan dari kecil lagi. Mereka tiada pilihan selain dari itu kerana mereka lebih rela menyerahkan Iskandar ke keluarga lain bagi kehidupan yang lebih sempurna dari mati kebuluran. Ishakimie tidak di serahkan  kerana dengan adanya Ishakimie disamping mereka, mereka dapat melepaskan rindu terhadap Iskandar. Selepas itu mereka berpindah ke kota Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan lebih baik. Semasa di Kuala Lumpur, Tan Sri menganggap kehidupan mereka akan lebih baik, namun jangkaan Tan Sri terpesong kerana berada di ibu kota yang pesat menbangun meyebabkan taraf hidup disana tinggi. Tan Sri terpaksa mengutip tin dan botol minuman, surat khabar lama dan besi buruk selain berkerja sebagai tukang sapu sampah di sebuah syarikat perkapalan. Puan Sri pula menjual nasi lemak untuk dijadikan pendapatan tambahan. Tan Sri juga terpaksa mengutip barang terpakai yang tidak digunakan lagi oleh pemilik asal untuk digunakan balik. Dengan ini mereka dapat menjimatkan kos untuk membeli barang yang baharu. Mereka bekerja keras kerana untuk mengukuhkan pendapatan meraka, kerana dengan itulah meraka bersedia untuk menjaga Iskandar semula. Nasib memang menyebelahi mereka kerana abang kepada Tan Sri Abdullah di kenali sebagai abang Mat sedia membantu mereka. Abang Mat hanya membantu mereka hanya termampu kerana dia membantu Tan Sri tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Kerana, ibu bapa mereka telah melarang sesiapa saja untuk tolong Tan Sri kerana Tan Sri telah menconteng arang kemuka mereka. Jika tidak usaha gigih Tan Sri yang ingin mengubah nasib kehidupan keluarganya dia tidak akan bergelar jutawan sehingga ke hari ini. Tan Sri tidak mahu anak-anaknnya merasa susah bagaimana dia merasa susah dahulu. Tan Sri amat berterima kasih kepada Iskandar kerana kerana dia Tan Sri ingin berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Airmata Tan Sri gugur ke bumi sebaik mengenangkan sejarah hitam yang yang pernah dilalui oleh Tan Sri dan isterinya. Dan kisah ini Ishakimie tidak tahu langsung kerana mereka merahsiakannya kerana takut akan Kimie akan buat sesuatu yang diluar jangkaan. Tan Sri merasa serbah salah kerana memnyerahkan Iskandar ke keluarga lain namun pada itu Tan Sri tiada pilihan lain selain dari itu.

Monday, September 26, 2011

Bab 3: Tugasan Penting

Bulan depan Kimie akan berangkat ke Australia untuk melihat tapak projek bagi menguruskan tender yang diluluskan oleh syarikat di Austrlia. Namun, jauh disudut hati Kimie dia ingin mencari jawapan bagi persoalan yang telah menjadi tanda tanya. Hendak atau tidak dia harus melupakan tentang itu dahulu kerana ingin membuat yang terbaik bagi project ini terlebih dahulu kerana untuk memajukan syarikat milik keluarganya dan Kimie juga merupakan satu-satunya pewaris yang tinggal didalam keluarga Tan Sri Abdullah. Dan Kimie harus mengalas tanggungjawab yang besar walaupun dia sendiri tidak mahir lagi untuk menguruskan hal-hal pejabat.

Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Tan Sri Abdullah ditemani oleh Puan Sri Norlimah menghantar anak tunggal mereka ke lapangan terbang untuk ke Australia.

"Pa Kimie pergi dulu yea, doakan keselamatan dan kejayaan Kimie". Kimie meminta restu.
"Yea, Kimie. Papa sentiasa mendoakan apa yang terbaik untuk anak-anak papa". Tan Sri mejawab.
"anak-anak Papa? bila masa papa kawin lain?bunyi macam papa ada anak selain Kimie je?bukan Kimie sorang je ke anak papa?". Kimie berseloroh sambil tersenyum.
"Ishh kamu ni Kimie, sempat lagi tu nak bergurau dengan papa kamu ni". Mama Kimie mencelah.
"Itulah abang ni, manjakan dia sangat masa dia kecik, kan dah terbawa-bawa sampai ke besar".
"Alah, awak ni dia kan anak kita, apa salah abang manjakan dia?". Tan Sri menjawab.
"Yealaah, abang tu manjakan dia sangat, yang saya ni awak tak manjakan macam mana abang manjakan dia".  Sedikit cemburu Puan Sri dengan anaknya.
"Sejak bila awak pandai cemburu dengan anak sendiri ni?makin awak cemburu makin sayang abang dekat awak". Tan Sri memjuk sambil tersenyum.
"Abang memang ada je kan nak pujuk saya macam mana?". sambil memeluk suaminya tanpa menyedari anak kesayangan mereka itu memerhatikan mereka dari tadi sambil tersenyum.
"Alah, mama ni itu pun nak jealous ke?Kimie kan satu-satunya anak Papa dan Mama. Kalau takda you both siapa yang nak Kimie nak buat macam ini? Papa Kimie sayang and Mama pun lagi Kimie sayang, you are both is my angels". Kimie mencelah.
Tan Sri dan Puan Sri tersentap dengan kata-kata Kimie sebentar dan mereka saling berpandangan.
"Pa? Ma ? what going on? Kimie salah cakap ke?. Kimie merasa hairan dengan tingkah laku kedua ibu bapanya.
"Takda apa la Kimie, Kimie tak salah cakap pun". Puan Sri menjawab dengan senyuman.
"Son, better you go now. Nanti terlambat pulak". Tan Sri menyambung.
"Amboi, cakap macam halau Kimie je." Kimie bergurau mereka tertawa bersama-sama.
"Okayla Pa and Ma, Kimie pergi dulu yea nanti bila dah sampai dekat sana dengan pantas Kimie akan call Papa and Mama".

Selepas bersalaman dengan kedua orang tuaanya Kimie pun berlepas ke Australia. Dengan perasaan berat untuk meninggalkan kedua ibu bapanya Kimie rela.

Saturday, September 24, 2011

Bab 2: Kisah lalu

Sesudah sampai di pejabat Kimie terus duduk dan mengadap tingkap yang sentiasa terbuka.
Dia masih lagi mengalamun hal yang membuatkan dia terus hanyut.
Hanyut dengan bayangan perempuan yang dia sendiri tak kenal dan tak pernah bersemuka.
Dengan perasan bercampur baur, Kimie teringat kisah dia yang mana dia ditinggalkan seorang perempuan yang dia sangat cintai. Dia sangat kecewa dengan tindakan bekas teman wanitanya dulu.
Dimana bekas wanitanya itu telah berlaku curang di belakang Kimie dengan kawan baik Kimie sendiri.

Kisahnya 2 tahun lepas dimana Kimie baru sahaja pulang dari Melbourne setelah tamat pengajian disana. Zetty atau nama sebenar Engku Zetty Binti Dato' Arshad seorang model bagi sebuah firma. Mereka telah menjalani hubungan selama 3 tahun.
Namun Kimie tidak tahu semasa Kimie berada diluar negara dalam masa yang sama Zetty menjalani hubungan dengan kawan baik Kimie sendiri iaitu Qay atau nama sebenar Syeikh Qayyum Bin Syeikh Fuad. Seorang kasanova yang terkenal dikalangan kawan Kimie. Tapi Kimie amat mempercayai Qay sehingga meminta pertolongan Qay untuk menjaga Zetty sewaktu peninggalan Kimie ke luar negara. Namun Qay sanggup menikam belakang Kimie dengan menjalankan hubungan dengan Zetty tanpa pengetahuan Kimie sendiri. Namun sandiwara yang dicipta oleh Qay dengan Zetty tidak bertahan lama kerana Kimie sendiri yang memerangkap mereka yang sedang berasmara di sebuah hotel. Kerana, Kimie telah mengesyaki sesuatu antara mereka ada hubungan sulit. Hancur hati seorang lelaki kerana apa yang Kimie lihat didepan mata Kimie sendiri seorang perempuan yang dia sayangi dan cintai berlaku curang dengan kawan baik dia sendiri. Air mata jantan jatuh berderai kebumi seolah-olah Kimie langsung tak dihargai. Kimie dengan pasrah menerima takdir yang ditentukan olehnya kerana Allah tunjuk kebenaran kepada Kimie untuk tidak terus diperbodohkan lagi. Airmata Kimie melintasi pipi Kimie sebaik teringat kejadian yang menimpa dia 2 tahun lepas. Selepas kejadian itu dia tidak lagi mempercayai perempuan namun Kimie masih lagi tertanya-tanya perempuan yang dia terlihat semalam.

'took toook' pintu pejabat diketuk.
'masuk' sambil mengelap airmata Kimie memberi isyarat.
'Tuan, meeting sedang dijalankan dan semua orang sedang menunggu tuan' seorang setiausaha yang kecik molek memberi peringatan.

Kimie tak sedar bahawa dia mengalamun lebih dari 1jam dan terlupa hari ni merupakan hari penentuan untuk mendapatkan tender di Australia. Dengan langkah kanan Kimie melangkah masuk ke bilik mensyuarat.

Bab 1 : Perjumpaan yang menjadi tanda tanya

Buat pertama kali hati Kimie tak tentu arah sejak dia berputus asa dengan perempuan.
Namun dia tertanya-tanya siapakah perempuan yang telah buat hatinya kembali resah ?.
Setelah sekian lama dia menutup rapat pintu hatinya untuk perempuan.
Kimie dapat rasakan perempuan ini lain dari yang lain.
Lain dari perempuan yang dia pernah kenal.
Walaupun Kimie sendiri tak pernah kenal perempuan itu.

Kimie atau nama sebenarnya Ishakimie Jimmy Bin Tan Sri Abdullah.
Seorang anak hartawan dalam perniagaan perkapalan yang terkenal.
Namun dengan kemewahan yang dikecapi oleh Kimie, dia tak pernah angkuh.

Selepas bersarapan Kimie terus keluar ingin mencari jawapan yang dia cari.
Setiap pelusuk Shah Alam Kimie terokai, namun jawapannya hampa.
Kerana dia tidak menjumpai perempuan yang dia cari. Perempuan yang telah buat hatinya kembali segar.
Kimie terbayang wajah perempuan itu yang hanya dengan sekilas pandang,
namun Kimie dapat mengingati setiap riak wajah perempuan itu.
Senyuman, raut wajah, pandangan perempuan itu telah buat hati Kimie kembali hidup.
Kimie tertanya-tanya, kemana agaknya perempuan itu ?dan siapakah perempuan itu ?
Dia mengalamun sekejap, sehingga tidak sedar waktu sudah jauh malaam.
Dia terus balik dengan perasaan yang hampa.


Monday, September 19, 2011

Ego Seorang Lelaki

banyak orang cakap ego lelaki ni memang tinggi.
YA!memang betul ego lelaki memang tinggi.
tapi ego lelaki ni kadangkadang bersebab.
tak semua lelaki ego mereka tidak bersebab.
kadangkadang mereka yang tak memahami seseorang lelaki takkan dapat paham.
cerita bermula disini.
kawan aku ni aku gelarkan A.
Si A ni memang seorang yang peramah.
namun walaupun dia peramah dia ni suka pendam sesuatu yang dia suka.
dia takkan luahkan selagi dia tak pastikan sesuatu yang dia suka jadi miliknya.
lagi pun Si A ni suka berfikir kedepan.
yang mana dia tak suka kalau dia buat keputusan akan menyebabkan orang lain menjauhi dia.
sebab tu kalau dia minat sangatsangat kat sseseorang tu dia akan pendam.
bagi Si A ni, diam lebih baik dari meluahkan sesuatu.
sebabnya Si A lebih rela pendam dari meluahkan.

ya, bak kata orang belum cuba belum tahu.
tapi aku dah banyak kali nasihat Si A ni.
sampai bila dia nak buat macam tu.
rupa dah ada, tapi takut untuk berterus terang.


FACT! Entry yang tak berapa best.

Tuesday, September 13, 2011

Don't Judge The Book By The Cover !

A 15 year old girl holds hands with her 1 year old son.
People call her “SLUT”,
 no one knows she was raped at age 14.
People call another guy “FAT”,
 no one knows he has serious disease that why him to be overweight.
 People call an old man “UGLY”,
no one knows he experienced serious injury to his face while fighting for our country in the war.


WAKE UP PEOPLE.
STOP JUDGE PEOPLE EVEN YOU DON'T KNOW BOUT THEM MUCH.

Wednesday, September 7, 2011

kalau kau kuat mesti kau boleh .

jangan cakap susah ,sedangkan kau tak mencubanya lagi .
jangan cakap kau perlu dia, sedangkan ada lagi orang lain yang memerlukan kau .
kalau kau kuat mesti kau boleh .
jangan cakap kau tak kuat ,
sedangkan kau lebih kuat dari apa yang kau tahu .
kau takkan tahu selagi kau tak pernah nak mencuba .
berhenti dari lamunan yang sementara .
dan cuba beralih kepada benda yang baru .
hargai apa yang ada didepan mata .
dan endahkan apa yang mustahil kau dapat .
kita manusia memang selalu berkhayal .
berkhayal untuk mengecapi sesuatu yang agak mustahil .
jujur dengan diri sendiri ,
jangan nak meyiksa diri sendiri .
kau memang boleh cakap kau suka menyiksa diri sendiri .
sedangkan orang sekeliling kau yang ambik berat pasal kau ,
tak suka dengan tingkah laku kau yang macam tu .
bila kita selalu menyiksa diri ,
umpama jasad kau saja yang hidup .
sedangkan roh kau dah mati .
aku hanya sekadar kawan yang mampu memberi nasihat .
hujung pangkalnya terserah pada kau sendiri .
tepuk dada tanya hati .


sekadar nasihat dari seorang yang bernama kawan 

Monday, September 5, 2011

terima kasih kawan .

setiap hari aku akan terfikir apa yang seorang yang bernama kawan aku cakap .
aku renungkan sedalam dalam yang mungkin setiap perkataan yang dia luahkan.
apa yang dia cakap memang ada betulnya .
'kalau bukan kita sendiri yang nak mengubah diri sendiri, siapa lagi ?
bimbing la diri sendiri .lelaki kan khalifah kat dunia ni 
takkan nak harap orang lain ubah diri kita ?
ingat ejoy, mati tak kenal usia. sampai bila kita nak terikat dengan kurang ilmu pengetahuan?'
ayat yang sememangnya diterima logik akal .
memang betul aku mecintai Allah .
tapi cinta aku tak sempurna .
seorang kawan aku yang aku tak pernah bersemuka .
namun memberi banyak nasihat.
setiap bait perkataan yang dia lafazkan menyedarkan aku sesuatu .
iaitu kehidupan tanpa amal ibadat memang sia sia .
aku memulakan perjalanan dengan kaki kiri .
dan aku harus mengubahnya .
aku tak tahu selama mana keimanan aku boleh bertahan .
namun aku harus bersyukur sehingga sekarang ni aku masih lagi mampu memperlihara iman aku .
tapi aku tak tahu macam mana nak mulakan .
aku perlukan seseorang yang boleh aku jadikan motivasi .
perjalanan aku masih jauh lagi .
masih banyak yang harus aku berlajar .

Terima kasih 1912189141

Sunday, September 4, 2011

Music menenangkan fikiran .


'When words fail, Music begins."
Songs serve as a way of expressing what you feel.
We play melancholy when we are sad.
When i hear a sad song, I feel like looking at myself, What i've done .
 And how i could change it.
It tells me to let go. Be a part of something new.
If you love something , 
let it go, If it comes back, Its yours ,
 If not, It wasn't meant to be.
Music gives us thought and realization.
Then i realized something ,
that's not everything we think could be reality .
but there got something we can learn from that .
it's mean part of life .

 
Blogger Templates