"Apa yang awak menungkan tu sampai abang dah balik dari pejabat siap tukar baju pun awak tak perasan?" Tanya Tan Sri kepada isterinya yang aneh dengan perlakuan isterinya itu lepas seminggu Kimie berlepas ke Australia.
"Saya teringat dekat anak kesayangan awak tu lah". Balas Puan Sri.
"Dia pergi sana baru seminggu dah awak termenung macam ini. Dah macam orang tengah hangat bercinta pulak awak ni". Seloroh Tan Sri sambil tersenyum.
'Abang, kalau saya nak tanya sesuatu boleh?".
"Awak nak tanya apa?" Tan Sri merasa hairan.
"Abang, patut tak kalau kita cerita kat Kimie benda yang dia patut tahu?" Puan Sri menujukan soalan.
"Benda apa yang dia patut tahu?rasanya kita takda apa-apa yang kita rahsiakan dari dia".Tan Sri Abdullah menjawab.
"Ish abang ni, abang dah lupa ke yang abang ada janji dengan saya yang abang akan beritahu dia yang dia ada sorang adik lagi".
Dengan tak semena-mena Tan Sri Abdullah teringat kisah lampau mereka sewaktu kehidupan mereka susah.
"Nanti-nantilah, belum masanya lagi untuk kita bagi tahu dia. Lagi pun dia tak bersedia lagi". Tan Sri memberi respon.
"Habis tu abang nak tunggu sampai bila yang Kimie nak bersedia?dia dah besar abang. Lambut laun dia akan tahu jugak tak dari mulut kita dari mulut orang lain. Kita tak tahu abang". Tegas Puan Sri.
"Awak tahukan abang dah upah penyiasat untuk cari anak kita tu. Lagi pun tempat tinggal orang yang ambik anak kita tu dah pindah ke tempat lain." Tan Sri mengeluh.
"Maksud abang, abang akan beritahu dia lepas abang jumpa anak kita tu macam tu?". Bertubi-tubi Puan Sri menanyakan soalan kepasa suaminya.
"Lebih kurang macam tu la sayang". Tan Sri menjawab dengan rasa bersalah.
"Kita dah cari anak kita tu dah lama abang, semenjak Kimie belajar kat luar negara lagi. Tapi tak jumpa apa-apa petunjuk yang boleh kita tahu kat mana anak kita tu sekarang. Kalau kita bagi tahu dia sekarang, sekurang-kurangnya dia tak rasa terkejut sangat bila dia dapat tahu nanti bahawa dia ada lagi seorang adik. Adik kandung dia sendiri. Darah daging kita juga. Lagi pun kalau kita bagi tahu dia sekarang kan lebih elok sebab nanti kalau dia dapat tahu dari orang lain bukan dari kita, takut nanti jadi lain. Kita tak tahu apa akan jadi akan datang". Tegas Puan Sri dengan penuh perasaan.
"Erhm, nanti la abang fikirkan dulu tapi abang rasa buat masa sekarang ni kita rahsiakan dulu." Tan Sri menjawab sambil mengelap airmata isterinya itu.
Tan Sri Abdullah dan Puan Sri Norlimah telah melalui perjalanan hidup yang susah 25 tahun dahulu. Dimana, perkahwinan mereka tidak direstui keluarga. Mereka mengambil keputusan untuk kawin lari. Dengan tindakan mereka itu, ,mereka telah dibuang keluarga. Tan Sri dan Puan Sri dikurniakan 2 orang anak iaitu Ishakimie dan juga Iskandar. Ishakimie merupakan yang sulung dan Iskandar anak kedua ataupun bongsu. Dengan kehidupan Tan Sri dan Puan Sri pada masa dahulu dimana kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka terpaksa menyerahkan Iskandar yang berumur 9 bulan ke keluarga angkat untuk meringankan beban mereka. Mungkin tindakan mereka ada pihak yang salah erti, namun hati ibu bapa mana yang sanggup melihat anak mereka merasa kesusahan dari kecil lagi. Mereka tiada pilihan selain dari itu kerana mereka lebih rela menyerahkan Iskandar ke keluarga lain bagi kehidupan yang lebih sempurna dari mati kebuluran. Ishakimie tidak di serahkan kerana dengan adanya Ishakimie disamping mereka, mereka dapat melepaskan rindu terhadap Iskandar. Selepas itu mereka berpindah ke kota Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan lebih baik. Semasa di Kuala Lumpur, Tan Sri menganggap kehidupan mereka akan lebih baik, namun jangkaan Tan Sri terpesong kerana berada di ibu kota yang pesat menbangun meyebabkan taraf hidup disana tinggi. Tan Sri terpaksa mengutip tin dan botol minuman, surat khabar lama dan besi buruk selain berkerja sebagai tukang sapu sampah di sebuah syarikat perkapalan. Puan Sri pula menjual nasi lemak untuk dijadikan pendapatan tambahan. Tan Sri juga terpaksa mengutip barang terpakai yang tidak digunakan lagi oleh pemilik asal untuk digunakan balik. Dengan ini mereka dapat menjimatkan kos untuk membeli barang yang baharu. Mereka bekerja keras kerana untuk mengukuhkan pendapatan meraka, kerana dengan itulah meraka bersedia untuk menjaga Iskandar semula. Nasib memang menyebelahi mereka kerana abang kepada Tan Sri Abdullah di kenali sebagai abang Mat sedia membantu mereka. Abang Mat hanya membantu mereka hanya termampu kerana dia membantu Tan Sri tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Kerana, ibu bapa mereka telah melarang sesiapa saja untuk tolong Tan Sri kerana Tan Sri telah menconteng arang kemuka mereka. Jika tidak usaha gigih Tan Sri yang ingin mengubah nasib kehidupan keluarganya dia tidak akan bergelar jutawan sehingga ke hari ini. Tan Sri tidak mahu anak-anaknnya merasa susah bagaimana dia merasa susah dahulu. Tan Sri amat berterima kasih kepada Iskandar kerana kerana dia Tan Sri ingin berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan.
Airmata Tan Sri gugur ke bumi sebaik mengenangkan sejarah hitam yang yang pernah dilalui oleh Tan Sri dan isterinya. Dan kisah ini Ishakimie tidak tahu langsung kerana mereka merahsiakannya kerana takut akan Kimie akan buat sesuatu yang diluar jangkaan. Tan Sri merasa serbah salah kerana memnyerahkan Iskandar ke keluarga lain namun pada itu Tan Sri tiada pilihan lain selain dari itu.
Friday, September 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment