Social Icons

Pages

Saturday, September 24, 2011

Bab 2: Kisah lalu

Sesudah sampai di pejabat Kimie terus duduk dan mengadap tingkap yang sentiasa terbuka.
Dia masih lagi mengalamun hal yang membuatkan dia terus hanyut.
Hanyut dengan bayangan perempuan yang dia sendiri tak kenal dan tak pernah bersemuka.
Dengan perasan bercampur baur, Kimie teringat kisah dia yang mana dia ditinggalkan seorang perempuan yang dia sangat cintai. Dia sangat kecewa dengan tindakan bekas teman wanitanya dulu.
Dimana bekas wanitanya itu telah berlaku curang di belakang Kimie dengan kawan baik Kimie sendiri.

Kisahnya 2 tahun lepas dimana Kimie baru sahaja pulang dari Melbourne setelah tamat pengajian disana. Zetty atau nama sebenar Engku Zetty Binti Dato' Arshad seorang model bagi sebuah firma. Mereka telah menjalani hubungan selama 3 tahun.
Namun Kimie tidak tahu semasa Kimie berada diluar negara dalam masa yang sama Zetty menjalani hubungan dengan kawan baik Kimie sendiri iaitu Qay atau nama sebenar Syeikh Qayyum Bin Syeikh Fuad. Seorang kasanova yang terkenal dikalangan kawan Kimie. Tapi Kimie amat mempercayai Qay sehingga meminta pertolongan Qay untuk menjaga Zetty sewaktu peninggalan Kimie ke luar negara. Namun Qay sanggup menikam belakang Kimie dengan menjalankan hubungan dengan Zetty tanpa pengetahuan Kimie sendiri. Namun sandiwara yang dicipta oleh Qay dengan Zetty tidak bertahan lama kerana Kimie sendiri yang memerangkap mereka yang sedang berasmara di sebuah hotel. Kerana, Kimie telah mengesyaki sesuatu antara mereka ada hubungan sulit. Hancur hati seorang lelaki kerana apa yang Kimie lihat didepan mata Kimie sendiri seorang perempuan yang dia sayangi dan cintai berlaku curang dengan kawan baik dia sendiri. Air mata jantan jatuh berderai kebumi seolah-olah Kimie langsung tak dihargai. Kimie dengan pasrah menerima takdir yang ditentukan olehnya kerana Allah tunjuk kebenaran kepada Kimie untuk tidak terus diperbodohkan lagi. Airmata Kimie melintasi pipi Kimie sebaik teringat kejadian yang menimpa dia 2 tahun lepas. Selepas kejadian itu dia tidak lagi mempercayai perempuan namun Kimie masih lagi tertanya-tanya perempuan yang dia terlihat semalam.

'took toook' pintu pejabat diketuk.
'masuk' sambil mengelap airmata Kimie memberi isyarat.
'Tuan, meeting sedang dijalankan dan semua orang sedang menunggu tuan' seorang setiausaha yang kecik molek memberi peringatan.

Kimie tak sedar bahawa dia mengalamun lebih dari 1jam dan terlupa hari ni merupakan hari penentuan untuk mendapatkan tender di Australia. Dengan langkah kanan Kimie melangkah masuk ke bilik mensyuarat.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates