Selepas hampir sebulan nak mendekati dirinya, namun masih lagi menemui jalan yang buntu.
"Seriously, she testing my patience, she really and very interesting women." Kim mengalamun sendirian.
"Nak cakap dia tak nak pun tak cakap, nak cakap nak lagi la tak cakap."
Kim seakan sangat bertuah kerana dapat mengenali perempuan tu walaupun tak dapat memilikinya lagi.
"Arghh, apa kena dengan aku ni? dah macam syok sendiri pula dah." Kim mengeluh.
"Kau syok sendiri? perempuan yang mana yang bertuah tu yang dapat menarik perhatian kau tu kim?" Suara yang datang dari belakang memeranjatkan Kim.
"Ish kau ni Ray, kalau datang tu bagi la salam ke apa ke, ini tidak main serbu ikut belakang ja. Nasib aku tak terjatuh kat gaung ni dek terkejut dengan suara kau tu. Boleh pulak kau tau aku ada kat sini" Kim melepas geram.
"Aku rasa aku dah bagi salam dan panggil nama kau lebih lima kali tadi. Tapi kau yang jauh sangat dibawa perasaan. Alah, kalau kau takda kat rumah takda tempat lain mesti kat atas bukit ni tempat kau menghabiskan masa masa senja." Ray kehairanan melihat sikap Kim yang kerap kali termenung seorang diri.
"So, taknak cerita kat aku, siapa perempuan yang bertuah yang dapat menarik perhatian kau tu?" Ray mengorek rahsia kawan karibnya tu.
"Wahhh kau Ray, kalau bab perli-memerli ni memang menang kat kau la."
"Taklaa, kau kan payah nak minat kat perempuan. Maksud aku bukan kau ni gay ke apa, maksud aku kau ni jenis yang tak mudah nak jatuh cinta. Wahh, kan dah ayat dalam filem pulak dah aku guna." Ray bergurau.
"Entahlah Ray, aku pun dah pening ni. Dah tak tentu arah pun ada jugak ni. Tak pernah lagi selepas dua tahun aku jadi macam ni. Macam ada sesuatu yang unik dekat perempuan yang aku nak kenal tu." Kim meluahkan perasaan.
"Wahh, bukan hebat lagi penangan perempuan tu sebab boleh buat kau jatuh tersembam. Hahaha. Relax kawan, selagi ada usaha, kejayaan sentiasa di janjikan oleh Allah. Cuma kita kalau tak dapat apa yang kita nak tu tak semestinya bermakna kita dah gagal mungkin ada sesuatu yang Allah nak bagi petunjuk. Wahh, dah boleh jadi imam muda aku ni bagi nasihat. Lalalala." Ray memberi nasihat kepada kawannya yang kenal dari umur 13 tahun.
" A'ahkan, betul jugak cakap kau tu. Tapi kalau dah usaha sudah tapi macam takda ada perkembangan pun macam mana pulak? Aku macam dah putus asa pun ada jugak ni." Kim mengeluh.
" Ish, kau ni. Cuba kau berfikiran positive sikit. Ini tidak asyik yang negatif ja macam mana tak cepat putus asa. Alah, perempuan ni kadang-kadang saja buat macam tu sebab nak tahu sejauh mana kita boleh bersabar. Kalau baru sikit kau di uji macam ni dah nak putus asa, jangan kata perempuan tu, kalau aku jadi perempuan tu pun tak nak dekat kau. Lalala." Ray memang pandai memberi nasihat walaupun dirinya sendiri kecundang dalam percintaan. Itu semua akibat perempuan yang tidak pandai menghargai.
"Betul jugak cakap kau tu Ray. Yang penting usaha, dapat atau tidak itu semua di tangan Tuhan."
Cakap orang selagi ada kemahuan, disitu ada jalan. Selagi ada jalan selagi itulah kita kena berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita nak. Semuanya terletak pada kita sendiri. Allah menjanjikan kepada hamba-Nya yang berusaha pasti akan mendapat kejayaan tak kira kita perasan atau pun tidak mahu pun di dunia atau di akhirat semuanya dah tertulis. Cepat berputus asa ibarat melakukan kerja separuh jalan. Jadi, kalau kita dah melakukan sesuatu lebih afdalnya kita habiskan kerja itu kerana hasilnya memang kita tidak boleh jangka hasilnya. Tapi sekurang-kurangnya kita harus berusaha dari tak berusaha langsung. Sekurang-kurangnya dengan adanya usaha dapat menambahkan lagi keyakinan kita untuk lebih gigih. Hasil yang buruk boleh kita jadikan teladan dan akan lebih mematangkan kita. Hasil yang baik, kita jadikan itu satu titik permulaan sebagai mengecapi kebahagiaan.