Social Icons

Pages

Tuesday, January 31, 2012

I WISH I CAN SPEAK IT OUT THE TRUTH, HONESTLY I DO LIKE YOU SPARROW. 

YOU WALKED SO FAST, AND I WALKED TOO SLOW. I CAN'T GOING AFTER YOU.
How to be braveHow can I love when I'm afraidTo fall




Saturday, January 28, 2012

Dengan senyuman sahaja kita dah boleh agak apa yang tersirat dan apa yang tersurat.
Namun dengan senyuman dah di anggap satu perkenalan.
Tapi senyuman ni kadang-kadang ada macam-macam jenis dan macam-macam makna.
Tapi orang orang yang perasan dan empunya diri yang senyum saja yang tahu.
Dan yang lebih mengetahui yang Maha Pencipta. :)
Namun kalau senyum orang yang berhenti mengharap mesti lain bukan?
Mengharap sesuatu yang dah di usahakan namun yang menjadi persoalannya sama ada berjaya atau tidak.
Ya, memang mungkin tak semua yang kita usahakan dan kita harapkan akan dimakbulkan.
Hujung pangkalnya, sebelum menyerah kita mesti dahulukan usaha.
Sebab dengan usahalah tangga kejayaan walaupun kejayaan tu diberi dari yang lain seperti yang kita harapkan.
Bila sudah usaha ditambah pulak dengan kesabaran memang akan memperoleh kebahagiaan yang diimpikan.
Sebab kesabaran ni banyak fadhilatnya.
Orang yang sabar adalah orang yang sangat di sukai oleh Allah kerana tidak cepat mengalah.
Sabar juga akan metabahkan seseorang itu dan menjadikan seseorang itu lebih matang.
Ada tiga cara yang paling berkesan:
  1. Percakapan
  2. Perbuatan
  3. Hati
Di mulakan dengan percakapan di mana kita harus berterus-terang sesuatu yang nak dihajatkan walaupun kadang-kadang keputusan akan mengecewakan.


Jika dengan percakapan gagal atau tidak sanggup digunakan kadang-kadang dengan perbuatan akan mendorong kita untuk lebih kreatif untuk mendapatkan sesuatu. Dalam tak sedar kita akan buat sesuatu yang kita sendiri tak sangka akan berjaya.


Dengan hati pula, kalau dah kedua-dua cara tak berjaya juga, bertawakallah. Sebab kadang-kadang orang yang bertawakal ni akan dimakbulkan. Kalau tak, memang yang di harapkan tu memang takkan jadi kenyataanlah. Jadi, lebih baik beralih kepada sesuatu yang baru. Mana tahu, dengan beralih pada sesuatu yang baru akan membuat senyuman kita lebih bermakna dari sebelum ni. 


Seseorang itu akan berhenti mengejar sesuatu tak semestinya seseorang itu dah mengaku kalah, dah putus harapan, dah berhenti berharap. Bak kata orang, selagi kita tak pasti akan jawapannya, jangan putus harapan  pada sesuatu yang baru atau yang lama. Sebab Allah sengaja melambatkan jawapan hanya untuk menguji sejauh mana keimanan ciptaan-Nya bertahan dengan dugaan jiwa yang diberi-Nya.




Sekali sekeping potret yang kertasnya di jiwa terukir,
amat susah nak dihilangkan.
Walaupun tidak ada warna, tidak ada bau dan suara, 
namun kesannya melekat lama.
Nak dihilangkan ibarat air di laut yang nak menghakis batu  di tepi pantai.
Si dara menjual sekeping potret tersangatlah mahal,
Si teruna pula hanya berbekalkan dengan segulung hati.


                                 Stop trying  doesn't mean you are loser. It is called Sacrifice. LOL? T__T 






Monday, January 23, 2012

Trying is on it’s way all i got to do is wait
Burnt myself and all i got to is wait
I woke up in a rainy day
And i can feel the same yesterday.
 
If already try the decision disappointing, and not try also the decision still disappointing better try again with another way. That much better than give up.

Saturday, January 21, 2012

Okay, hari ini bersamaan 21 January 2012 aku pergi LDK.
LDK secara paksaan sebab kacau orang nak bercuti.
Dalam mengeluh malas aku pun gagahkan pergi jugak la. Tanggungjawab aku tu. Ecehceh.
Masa LDK tu terasa macam nak keluar ja terus dari kelas tu.
DAMN! boleh pulak aku sekelas/seLDK dengan minah yang aku dah taknak tengok muka dia.
Dengan hati yang hambar, aku buat-buat cool ja lah even macam nak berambus dari kelas tu.
Tapi yang menariknya dalam LDK tu, boleh pulak ada ayat dekat satu kertas tu macam bagi aku petunjuk.


Kalau kita berfikir saja tapi tak bertindak tak guna jugak.
Dalam dunia ni tak ada benda yang kita buat tak ada risiko.
Semua benda ada risiko tersendiri. Kalau tak kita sendiri yang nak ambik risiko tu siapa lagi?
Sebab risiko yang kita ambik boleh mematangkan diri kita.


Wah, lepas aku baca terus aku gelak.
Petunjuk apakah yang Allah nak bagi ni? macam doa aku nak dimakbulkan ja :)
Takkanlah boleh kebetulan pulakkan.
Betul jugak ayat tu, sampai bila kita nak lari dan terus jadi penakut dari ambik risiko?
Sebab risiko tu sentiasa ada di mana-mana.
Takkan pulak kita nak mengharap orang lain untuk ganti tempat kita untuk ambik risiko tu.
Yang penting, walau sebesar mana pun risiko tu, walau sekecil mana pun risiko tu, kita patut berani nak ambik walaupun keputusannya nanti kadang-kadang mengecewakan.
Kadang-kadang juga keputusan yang mengecewakan tu jugalah yang mematangkan diri kita untuk lebih berani.
Yang penting kita ada usaha, bukan hanya berdiam diri dan terus berfikir berpanjangan.
Tapi apa-apa pun aku bersyukur, sebab kadang-kadang petunjuk datang tanpa kita duga.
Petunjuk yang kebetulan diberi kat aku, yang patut aku manfaatkan.

Thursday, January 19, 2012

Trust yourself. You know what you want and need.
Put yourself first. You can't be anything for anybody else unless you take care of yourself.
Let your feelings be known. They are important.Express your opinions. It's good to hear yourself talk.
Value your thinking. You do it well. Take the time and space you need. Even if other people are wanting something from you.
When you need something, don't talk yourself out of it. Even if you can't have it, it's ok to need.When you are scared, let someone know. Isolating yourself when you're scared makes it worse.
When you feel like running away, let yourself feel the scare. Think about what you fear will happen and decide what you need to do. When you're angry, let yourself feel the anger.
Decide what you want to do. Just feel it, express it, or take some action. When you're sad, think about what would be comforting.
When you're hurt, tell the person who hurt you. Keeping it inside makes it grow. When you have work to do and you don't want to do it, decide what really needs to be done and what can wait.
When you want something from someone else, ask. You'll be okay if they say no. Asking is being true to yourself. When you need help, ask. Trust people to say no if they don't want to give.
When people turn you down, it usually has to do with them, and not with you. Ask someone else for what you need. When you feel alone, know there are people who want to be with you. Fantasize what it would be like to be with each of them. Decide if you want to make that happen.
 When you feel anxious, let yourself know that in your head. You've moved into the future to something scaryand your body has gotten up the energy for it. Come back to the present. When you want to say something loving to someone, go ahead. Expressing your feeling is not a commitment
 When someone yells at you, physically support yourself by relaxing into your chair or putting your feet firmly on the floor. Remember to breathe. Think about the message they are trying to get across to you.
 When you're harassing yourself, stop. You do it when you need something. Figure out what you need and get it. When everything seems wrong, you are overwhelmed and need some comforting. Ask for it. Afterwards, you can think about what you need to do.
Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Hati itu bukan hati aku lagi..
Heal my heart ya Allah..
Bless me with a new heart..
Ada dua jenis manusia yang aku selalu perhatikan dan amat menjengkelkan.


1. manusia yang dapat sesuatu tapi masih lagi mengeluh dan tak reti bersyukur.
2. manusia yang dapat sesuatu tapi tak reti nak menghargai.


ya, mungkin aku tergolong jugak dalam kalangan orang yang macam ni sama ada aku perasan atau tak.
kadang-kadang Allah sengaja samarkan yang baik, dan jelaskan yang buruk.
hanya untuk menguji berapa kuatnya iman ciptaan-Nya.
erti kata lain, keputusan yang akan kita buat akan mempengaruhi apa yang akan jadi di masa akan datang.





Monday, January 16, 2012

First time kena photoshot :)

Okay, aku tak pandai nak possing

Ini pulak macam baru putus cinta pun ada ni :)

Ada orang cakap, macam Adi Putra. *Okay, perasan.

I don't mean to fuck you :)


Aku masih lagi budak baru belajar :)

Friday, January 6, 2012

Hanya rekaan.

Cerita ni lepas korang baca janganlah nak salah anggap dia ni loser ke ape ke.
Dia cuma seorang yang suka mengalah, okay?


Cerita lebih kurang macam ni.
Ada seorang ni yang aku gelarkan dia Aziz.
Ada satu masa dia ni terjumpa dengan perempuan ni yang buat hati dia berkenan dekat sekolah.
Entah kenapalah, boleh pulak dia suka kat minah ni sampaikan kalau tak tengok sehari minah tu memang dia tak boleh buat nak belajarlah even kat sekolah dia tak berapa nak belajar sebab kerja dia asyik tidor ja.
Disebabkan minah ni tabiat yang dia suka tidor dalam kelas bertukar jadi kepada seorang yang sentiasa cergas didalam kelas.
Hanya untuk tak mahu bagi minah yang dia suka tu tahu perangai buruk dia. Kalau korang pun akan buat yang samakan?
Yang aziz ni pulak agak dungu sebab tak tau nak ayat perempuan campur dengan agak pemalu dengan minah yang dia minat ni.
Maklumlah 1st love la katakan.
Lama kelamaan dia dah semakin berani untuk lebih rapat dengan minah yang dia suka ni.
Aziz boleh rapat dengan minah yang dia minat ni pun sebab anak buah dia kawan dengan minah tu.
Jadi dia ni pun ambil kesempatan yang ada.
Kali ni dia tak perlu nak curicuri tengok minah tu ikot tingkap kelas dah sebab dia boleh tengok real kat depan mata.
Tak pernahpernha si Aziz ni buat study group boleh pulak dia buat study group dengan minah tu sekali anak buah dia.
Kawankawan Aziz ni terkejut beruk jugaklah, sebab si Aziz ni dekat dalam kelas bukan main lagi tak belajar, tapi boleh pulak buat study group. Tak ke pelik namanya tu?
Alah, orang tengah angau nak bercinta memang akan buat apa saja untuk dekat minah yang dia suka. Itu dah jadi lumrah.
Eh, aku tak bagi tau lagi erk nama minah tu sapa? lupalupa, nama minah tu Sophea. Sedap bukan?
Disebabkan Aziz ni terlalu rapat dengan Sophea ada seorang hamba Allah ni yang merangkap kawan baik si Aziz ni minta tolong kat dia yang dia pun berkenan dekat Sophea ni. Jadi, kawan Aziz ni minta tolong dia adjust dia untuk Sophea.
Perghh, bayangkanlah kalau korang dekat tempat Aziz ni, apa korang akan buat? kawan baik minta tolong adjustkan dia untuk Sophea? mesti berebutkan?
Aziz cuma diam dan meangguk kepala dengan nada yang lemah dan agak kecewa. Tak tolong nanti, kawan baik sendiri. Kalau nak tolong nanti, hati sendiri yang sakit.
So, si Aziz ni pun dengan dengan keadaan terpaksanya dia pergi tolong si kawan dia ni.


"Hey Phea, aku ada something nak bagi tau ni"
"kau nak bagi tau ape? kau nak bagi tau yang kau suke aku ke? Hahaha".
"Haa?" Aziz dengan agak terkejut bila Sophea cakap macam tu.
"Aku main-main jelah, Alah, kau ni macam tak biasa dengan aku pulak. So, ape yang kau nak bagi tau ni?".
"Ish, kau ni. Aku tengah serius kau boleh buat main-main pulak dah".
"Eh, sejak bila Aziz yang aku kenal dah pandai touching ni? Alah, kau serius ke, main-main ke takda beza pun. Tetap sama je reaksi kau".
"Errr, sekarang aku betul-betul serius la Sophea." Aziz mengeluh.
"Okay-okay. Ape benda yang kau nak bagi tau kat aku ni? macam agak serius jaa."
"Macam ni.kau kenal kawan aku yang nama dia Yus tu kan?"
"Kawan baik kau tu?yang selalu kena denda dengan cikgu Zainol sebab selalu lewat masuk kelas tu kan?" Sophea menjawab.
"A'aah". Jauh disudut hati Aziz dia berdoa mudahan Sophea tak kenal langsung dengan Yus tu, rupanya tekaan dia meleset sebab Sophea kenal Yus tu bahkan siap tau lagi perangai Yus tu macam mana.
"kenapa dengan dia? dan ada apa kena mengena dengan aku?". Tanya Sophea.
"Takk, macam ni. Dia cakap kat aku yang dia suka kat kau dan dia nak berkenalan dengan kau dengan lebih rapat lagii". Aziz menjawab dengan nada yang agak dalam keterpaksaan.
"Arghh, nonsenselah kau Aziz. Kalau dia suka kat aku kenapa tak dia je yang datang cakap kat aku sendiri?". Sophea geram dengan kenyataan Aziz.
"Aku dah suruh banyak kali dah macam yang kau cakap tu. Tapi dia cakap, dia segan nak berdepan dengan kau. Dia cakap kalau dia berdepan dengan kau mesti lidah dia kelu." Renungan Aziz yang tepat ke muka Sophea yang gebu tu semasa cakap terus Aziz berpaling ke tempat lain. Aziz tak relakan Sophea jatuh ke tangan orang lain. Namun kalau Sophea jadi milik Yus, Aziz seribu kali rela kerana Yus tu memang boleh diharap dan boleh menjaga Sophea lebih baik dari dia sendiri.
"Errhmm, tengoklah dulu Aziz. Aku fikirkan. Aku memang tak kisah nak berkawan dengan sapa-sapa tapi kalau dah masuk bab nak berkenalan lebih rapat ni aku tak biasalah." Sophea yang perasan renungan Aziz beralih arah dari matanya, dengan tingkah-laku Aziz yang tak sebelum ini. Seorang yang ceria, peramah dan tidak pernah sekali pun buat diri dia tak ketawa bila lepak dengan Aziz menjadi seorang yang agak muram hari ini. Dari situ Sophea dapat merasakan yang Aziz ni ada menyimpan sesuatu perasaan terhadap dirinya. Namun Sophea fikir itu mungkin hanya perasaan dia.
"Erhmm, kalau kau dah cakap macam tu Phea nanti aku sampaikan dekat Yus lah erk. Alah, korang berkenalanlah dulu. Buat macam aku mula-mula kenal kau. Okaylah Phea, aku balik dulu erk. aku ada hallah petang ni jadi tak dapat nak study dengan kau. Sorry erk." Aziz berkata dengan senyuman yang dibuat-buat.
"Ish kau ni Aziz, tadi masa rehat kau cakap kau free hari ni kan. Habis, kalau kau balik sapa lagi nak buat lawakk kat aku masa study nanti?" Sophea memarahi Aziz sambil mencubit tangan Aziz sebagai melepaskan geram.
"Oucchhh! sakitlah Siti Sophea Binti Abduk Karim oii. Yealakan, tangan aku ni memang diciptakan untuk kau cubit je kan? Erhmm, takpelah Phea, aku balik dulu erk. Esok jumpa lagi yea.
"Erhmm, okaylah. Hey Aziz, nanti kalau ada apa-apa bagi tau erk dan lagi satu jaga diri kau tu dah kurus kering aku tengok macam tak makan jee." Jawab Sophea sambil tersenyum.
"Okay Phea. kau nampak cantik dan manis bila kau senyum macam tadi jadi aku mintak kau kekalkan selalu macam tu erk". Aziz berkata sambil mengenyitkan mata pada Sophea lalu pergi dari tempat Sophea sedang study.
Sophea termenung seketika dan terfikir akan apa yang Aziz cakap tadi, "kau nampak cantik dan manis bila kau senyum macam tu jadi aku mintak kau kekalkan erk." sSophea terfikir sebab Aziz tak pernah cakap macam tu kat dia sebelum ni. 
"Aziz, Aziz ada je benda kau nak buat ambik hati aku kan". bisik Sophea didalam hati.


Setelah beberapa bulan Yus berkawan rapat dengan Sophea, Aziz mendapat tahu yang Yus dah declare couple dengan Sophea. Aziz dapat tahu dari Yus sendiri dan Aziz lah orang yang pertama mendapat tahu tentang hubungan mereka itu. Kali ni hati Aziz betul-betul menangis namun Aziz redha walaupun hati dia tak sanggup nak melihat orang yang pertama dia suka, orang yang pertama dia sayang, dan orang yang pertama dicintai menjadi milik orang lain. Sejak dari itu Aziz mulai menjauhkan diri dari Sophea. Itu semua dia buat untuk melupakan Sophea. Kadang-kadang kalau dia terserempak dengan Sophea, Aziz akan cepat-cepat menyorok. Sophea yang perasan perubahan sikap Aziz yang drastik tu selepas dia dengan Yus declare couple. Kadang-kadang pada waktu rehat, Sophea mencari-cari Aziz di setiap penjuru bangunan sekolah sebab sudah agak lama dia tak nampak batang hidung Aziz tu. Kalau tak, sebelum ni kalau dia terfikir ja Aziz dengan tak semena-mena Aziz akan muncul depan dia seakan-akan tahu yang Sophea mencari dia. Tapi sekarang tak seperti yang diharapkan Sophea masa mula-mula kenal dengan Aziz dulu.


"Hey Aziz, tunggu jap". Jerit Sophea.
Aziz yang perasan suara Sophea yang memanggilnya, namun dia hanya buat tak dengar dan berharap dapat mengelak dari bersemuka dengan dia.
"Hey Aziz! Aziz! Aziz! Azizul Hakim bin Damanhori!!!." Panggil Sophea dengan nada yang agak marah.
"Ohh, kau rupanya Sophea. Kenapa?" Aziz menghentikan langkahnya sebab terasa kasihan dekat Sophea kerana memanggil namanya seakan-akan macam nak terkeluar anak tekak dia tu.
"Aku panggil kau tadi kenapa kau tak menyahut haa? aku panggil banyak kali tau tak!!? Sophea melepaskan geram.
"Alaaa, sorrylah aku tengah dengar mp3laa. Mana aku nak perasan kau panggil. Kenapa kau panggil aku."?. Tanya Aziz sambil melihat kearah bangunan sekolah. Aziz tak boleh nak tengok muka Sophea kerana kalau dia tengok muka Sophea, dia rasa ingin selalu dekat dengan Sophea. Tapi itu semua kisah 5,6 bulan lepas. Sekarang ni dia perlu buang semua perasaan dia terhadap Sophea.
"Ish, kau ni ada jaa alasaan yang kau nak bagi kan? Aku nak kau teman aku pergi bandar petang ni boleh tak? sebab Yus dia kena ikut ayah dia pergi ipoh nak uruskan apa entah. Boleh tak?". Tanya Sophea.
"Alaaa, Sophea. Bukan aku taknak teman kau tapi aku nak kena teman kakak aku pergi klinik. Soryy erk, aku tak boleh." Aziz menipu.
"Kenapa erk sejak kebelakangan ni kau macam nak mengelak dari jumpa aku erk? dah lamaa aku perasan." Dengan tiba-tiba Sophea tanya soalan yang Aziz dah agak.
"Ish, kau ni merepeka apa Phea? mana adaa  aku nak mengelak dari kau, aku agak busy lah kebelakangan ni". Aziz memberi alasan.
"Sebelum aku dengan Yus, kau tak macam ni pun. Tapi kenapa lepas aku couple dengan Yus kau dah macam lain?". Kali ni Aziz betul-betul terperangkap dengan soalan Sophea.
" Erhmm, takpelah Phea aku ada kerja sikit ni. Nanti kita sembang lain erk. Haa lagi satu, kekalkan senyuman kau tu sebab kau nampak lebih cantik dan manis bila kau buat macam tu.". Tak sempat Sophea nak tanya lagi pada Aziz, Aziz dah berlalu pergi.


"Ya, Allah kenapa begitu susah sekali aku nak membuang perasaan aku terhadap dia? Kenapa nak buang perasaan ini tak sesenang bila aku mulai cintai dia? Jasad aku mungkin kuat untuk tanggung semua ini tapi hati aku terlalu lemah untuk menahan semua dugaan ini. Aku mohon kepadamu ya Allah, lepaskan dia dari perasaan aku ini sekiranya dia sememangnya bukan untuk aku. Kalau dengan melihat dia gembira dengan orang lain itu dah cukup untuk menenangkan aku, aku rela. Seribu kali rela".


Itulah ayat terakhir yang Aziz tulis didalam diary dia. Aziz mula tulis sejak dia mula-mula berkenalan dengan Sophea. Setiap apa yang dia lalui dengan Sophea sebelum ini dia akan semadikan didalam diary itu. Tapi kali ini dia nekad dia nak melupakan Sophea dengan memulakan dengan membuang diary itu. Tiada seorang yang tahu akan perasaan Aziz terhadap Sophea kerana Aziz lebih suka berahsia dan memendam perasaan even kepada kawan baik dia sendiri. Aziz tengok Yus dah banyak berubah sejak dia dengan Sophea couple. Yus yang dari seorang yang player sekarang dah tak macam tu lagi. Yus yang suka kenakan cikgu kat sekolah dah tak macam tu lagi. Pendek kata, banyak perubahan yang positife sejak Yus dengan Sophea. Bagi Aziz kalau itu bayaran untuk pergorbanan yang dia buat, Aziz tidak meyesal walau sedikit pun kerana ianya teramat berbaloi untuk berkorban untuk kawan walau perasaan sendiri yang terima akibatnya.


Petang sabtu Sophea pergi ke rumah Aziz dengan maknya untuk menghantar kad jemputan perkahwinan adik ayah Sophea. Semasa mak dia dan mak Aziz menyembang di dapur Sophea di ruang tamu. Masa itu Aziz tiada dirumah. Itu membuat Sophea sedikit kecewa kerana dia ikut mak dia ke rumah Aziz semata-mata nak bersembang dengan Aziz kerana sudah agak lama dia tak menyembang dengan Aziz. Semasa diruang tamu. Sophea membelek-belek majalah yang ada. Namun Sophea terjumpa satu buku seakan diari yang tertulis di muka depan 'Kau nampak lebih cantik dan manis bila kau senyum Phea'. Sophea terkejut kerana itu ayat yang Aziz selalu cakap kat dia masa mereka rapat dulu. Sophea buka dan baca setiap ayat yang ada dalam diary tu. Betapa terkejutnya Sophea kerana didalam buku tu hanya menceritakan tentang dia saja. Apa yang  buat Sophea mengeluarkan airmata adalah, apa yang dia fikir sebelum ini yang dia anggap cuma peraasan dia saja adalah betul. Aziz begitu menyayanginya. Bahkan, selama ini Aziz selalu berada dekat dengan dia hanya untuk memastikan dia selamat even pada masa itu dia sedang keluar dengan Yus. Setiap perbuatan apa yang mereka buat semasa rapat dulu ditulis rapi. Takda sedikit pun yang tertinggal. Begitu sekali perasaan Aziz terhadap Sophea. Airmata Sophea tanpa henti mengalir ke pipi bila mengenangkan Aziz korbankan perasaannya hanya untuk kawan. Dan sekarang baru dia tau kenapa Aziz mengelak dari terserempak dengan dia sebab Aziz nak buang perasaan dia kat Sophea.
Selepas habis membaca, Sophea terus balik ke rumah dalam keadaan menangis. Semasa dalam perjalanan balik ke rumah, Sophea terlihat kelibat Aziz di tengah-tengah sawah yang sedang menghayati matahari terbenam. Tanpa berlengah, Sophea terus menuju ke arah Aziz.


"Kenapa kau buat semua ini?". Tanya Sophea sambil teresak-esak menangis.
Aziz yang terkejut dengan kehadiran Sophea tambah-tambah lagi dalam keadaan menangis. Aziz mengerutkan dahi tanda tidak paham.
"Kenapa kau buat semua ni? Aku tanya kau ni, jawab Aziz!". Sophea meninggikan suara.
"haaa? apa yang aku dah buat?". Aziz yang tidak tahu apa yang dah jadi terus menerus keliru.
"Kenapa kau tak cakap kau suka aku awal-awal haa? Kenapa kau perlu korbankan diri kau, perasaan kau untuk orang lain sedangkan kau yang akan rasa sakit? kenapa?". Sophea menangis tanpa henti.
Dengan nada yang perlahan Aziz menjawab "Entahlah Phea, aku pun tak tau kenapa aku boleh buat semua tu. Yang aku tahu aku cuma taknak sakitkan sapa-sapa, Yus, tambah-tambah lagi kau. Bila aku tengok kau dengan Yus happy itu dah cukup puas bagi aku. Yaaa, mungkin aku yang rasa sakit bila kita tengok orang yang kita suka, sayang dengan orang lain tapi bagi aku tak kisahlah semua tu. Yang lepas biarkan lepas. Dan sekarang ni aku nak kau dengan Yus kekal la. Dan tolong jangan bagi tauu Yus pasal ni. Kalau dia nanti apa pulak kata dia nanti."


"Kenapa kau tak berterus-terang dengan aku je dulu Aziz ." Bertubi-tubi soalan dikemukakan oleh Sophea kepada Aziz.
"Aku bukann taknak berterus-terang dengan kau Phea. Aku dah paksa diri aku nak berterus-terang dengan kau banyak kali dah. Tapi aku takda kekuatan dan keberanian nak buat semua tu. Lagi pun aku taknak merisikokan hubungan kita yang sedia ada semata-mata aku nak buat hubungan yang baru dengan kau. Yealakaan, kau boleh cakap belum cuba, belum tahu. Tapi lebih baik dan tak salahkan kalau sebelum kita cuba, kita cuba predict apa yang kita tak tahu apa yang mungkin akan jadikan.


"Eerrrhmm, Aku dah tak tau nak buat apa sekarang ni Aziz. Sebab aku, kau buat semua ni. Dan aku kagum dengan kau, kau pentingkan kawan-kaawan kau dari diri kau sendiri. Aku tak tau macam mana kau hadapi. Kalau aku kat tempat kau, mesti aku dah macam orang gilaa. No wonderlah kenapa si Yus tu rapat dengan kau." Sophea rasa bersalah.


"Alaaah, kau ni Phea buat ayat sedih pulak. Chill sudahlah. Aku dah okayla sekarang ni dan kau tak perlu buat apa-apa pun. Yang aku nak kau teruskan hubungan kau dengan Yus ni, Pasal aku kau jangan risau. Alah, macamlah kau sorang ja perempuan kat dunia ni kan. Banyak lagi boleh aku buat peganti." Aziz menjawab sambil menhayati matahari yang hampir terbenam seolah-olah menenggelamkan sekali perasaan yang dia ingin buang selama ini. Jauh disudut hati dia, dia bersyukur kerana Sophea dah tahu perkara yang sebenar.


"Memanglah perempuan ramai yang kau boleh buat peganti aku, tapi perasaan kau mesti lain nanti kan?".  


"Kuasa Allah tu besar Phea oi, dia boleh ubah perasaan kita macam mana yang Dia nak. Mungkin nanti Dia buat perasaan aku lebih dari macam mana aku suka kau dulu, sapa taukan?". Aziz menjawab sambil memandang Sophea.


"Erhmm, betul jugak cakap kau. Jadi lepas ni bolehlah kita berkawan macam dulu kan?" Sophea nak dapatkan kepastian.


"Boleh tapi dengan satu syarat, kau kena jawab soalan ni dulu". 


"Macam mana kau boleh tahu pasal ni?". Aziz nak tau kepastian.


"Aku pergi rumah kau dengan mak aku tadi, aku duduklah dekat ruang-tamu sambil baca majalah, aku ternampak diary kau, siap dengan ayat kau selalu cakap dekat aku dulu tuh. Jadi aku bacalah. Sebab tu aku tau. Itulah kau, lain kali kalau diary tu letak tempat yang privacy sikit. Ini ada ke letak kat ruang tamu. Cuai betullah kamu.". Sophea tersenyum.


"Laaa, aku ingatkan aku dah buang dah diary tu. Patutlah aku cari jumpa-jumpa. Ni kerja adik aku si Humaira tulah duk selongkar bilik aku saja.


"Jadi aku patut berterima kasih dekat adik kau lah sebab kerana dia aku dapat baca diary tu. Kalau tak, mesti kau pun senyap jee kan .




SEKIAN~











Sunday, January 1, 2012

Sahabat sejati dikenang sampai mati

Sahabat

Ni aku just nak share eeh , aaku jumpa ni kat blog mna entah , lupa sudah .

Pejam celik, pejam celik je dah nak  raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku  sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung,  jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti  dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu  masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar… lupa kawan! Raiz senyum sendirian.  Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
Bas yang  terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan  kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek  kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz ‘nerd’! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi ‘bodyguard’nya. Tapi sejak belajar di luar  negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti  terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi  berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung  di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.
Raiz menghampiri.  Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. “Wey!  Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi  jalan malam-malam camni?” Razi bersuara sambil memeluk Naim  yang terkekeh-kekeh ketawa. “Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?” Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. “Biasa la! zaman bersedar, manusia pun  kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?” Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma  tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada  perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit  tempang. “Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau  ni macam ada masalah je…” tegur Raiz. Naim kelihatan murung.
 ”Aku  memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?” Naim mengubah topik.
 ”Cadangnya gitulah!”
 ” Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah  lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak  jumpa kau!” pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz  mengikut sahaja.
 ”Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik  la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!” kata Raiz dalam hati.
“Eh?  Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati  suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita  minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
 ”Inilah! nasib aku malang betul  Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit,  aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat  kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja  mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!” Terkejut Raiz  mendengar cerita Naim.
 ”Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau,  takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak  imam je!” Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang  lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang  .
 ”Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada  tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu  tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang  je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah  ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum  ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!”
Suara Naim sedikit  tinggi. 
“Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau  susah sampai macam tu sekali!” Raiz menyuarakan rasa bersalahnya.
Naim cuma  tersenyum.
“Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak  dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah!  rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!”. Naim menyorong gelas berisi teh  sejuk dan sepiring biskut kering.
Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup  Naim!
“Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!” Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. “Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun  bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk  aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung  rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan.  Raya ni datanglah rumah aku ye!”
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa.   Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam  nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
“Astaghfirullah! Budak ni kat  sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!”
Satu suara kuat menyebabkan Raiz  tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz bangun.”Eh? Mak!” terkejut Raiz  lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain.  Berpakaian cantik dan kemas. “Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa?  Dah takde rumah nak balik?” jerkah ayahnya.
“Eh? Kenapa pulak diorang marah  ni?
Raiz memerhatikan sekelilingnya.Tiada gelas berisi teh… tiada biskut  kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu  nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu  nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
“Eh?  Semalam saya pergi rumah Naim, mak… ayah!
“Kenapa?? Kau tengok… dekat  kubur siapa kau tidur tu!” Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis  pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 – 27 Oktober 2003!  Raiz terpelangah.
“Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,  sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?”
“Budak  ni…bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama  menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada  pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak  ada..”terang ibunya dengan suara pilu.
Raiz tambah terkejut. Terfikirkan  pengalaman malam tadi! ‘bertemu’ arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul  bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam?
Petunjuk apakah yang  Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan  kata-kata arwah malam tadi.
“Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!”
Serta-merta  Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan.  Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.
“Terima kasih kerana  mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !
 
Blogger Templates