Dia cuma seorang yang suka mengalah, okay?
Cerita lebih kurang macam ni.
Ada seorang ni yang aku gelarkan dia Aziz.
Ada satu masa dia ni terjumpa dengan perempuan ni yang buat hati dia berkenan dekat sekolah.
Entah kenapalah, boleh pulak dia suka kat minah ni sampaikan kalau tak tengok sehari minah tu memang dia tak boleh buat nak belajarlah even kat sekolah dia tak berapa nak belajar sebab kerja dia asyik tidor ja.
Disebabkan minah ni tabiat yang dia suka tidor dalam kelas bertukar jadi kepada seorang yang sentiasa cergas didalam kelas.
Hanya untuk tak mahu bagi minah yang dia suka tu tahu perangai buruk dia. Kalau korang pun akan buat yang samakan?
Yang aziz ni pulak agak dungu sebab tak tau nak ayat perempuan campur dengan agak pemalu dengan minah yang dia minat ni.
Maklumlah 1st love la katakan.
Lama kelamaan dia dah semakin berani untuk lebih rapat dengan minah yang dia suka ni.
Aziz boleh rapat dengan minah yang dia minat ni pun sebab anak buah dia kawan dengan minah tu.
Jadi dia ni pun ambil kesempatan yang ada.
Kali ni dia tak perlu nak curicuri tengok minah tu ikot tingkap kelas dah sebab dia boleh tengok real kat depan mata.
Tak pernahpernha si Aziz ni buat study group boleh pulak dia buat study group dengan minah tu sekali anak buah dia.
Kawankawan Aziz ni terkejut beruk jugaklah, sebab si Aziz ni dekat dalam kelas bukan main lagi tak belajar, tapi boleh pulak buat study group. Tak ke pelik namanya tu?
Alah, orang tengah angau nak bercinta memang akan buat apa saja untuk dekat minah yang dia suka. Itu dah jadi lumrah.
Eh, aku tak bagi tau lagi erk nama minah tu sapa? lupalupa, nama minah tu Sophea. Sedap bukan?
Disebabkan Aziz ni terlalu rapat dengan Sophea ada seorang hamba Allah ni yang merangkap kawan baik si Aziz ni minta tolong kat dia yang dia pun berkenan dekat Sophea ni. Jadi, kawan Aziz ni minta tolong dia adjust dia untuk Sophea.
Perghh, bayangkanlah kalau korang dekat tempat Aziz ni, apa korang akan buat? kawan baik minta tolong adjustkan dia untuk Sophea? mesti berebutkan?
Aziz cuma diam dan meangguk kepala dengan nada yang lemah dan agak kecewa. Tak tolong nanti, kawan baik sendiri. Kalau nak tolong nanti, hati sendiri yang sakit.
So, si Aziz ni pun dengan dengan keadaan terpaksanya dia pergi tolong si kawan dia ni.
"Hey Phea, aku ada something nak bagi tau ni"
"kau nak bagi tau ape? kau nak bagi tau yang kau suke aku ke? Hahaha".
"Haa?" Aziz dengan agak terkejut bila Sophea cakap macam tu.
"Aku main-main jelah, Alah, kau ni macam tak biasa dengan aku pulak. So, ape yang kau nak bagi tau ni?".
"Ish, kau ni. Aku tengah serius kau boleh buat main-main pulak dah".
"Eh, sejak bila Aziz yang aku kenal dah pandai touching ni? Alah, kau serius ke, main-main ke takda beza pun. Tetap sama je reaksi kau".
"Errr, sekarang aku betul-betul serius la Sophea." Aziz mengeluh.
"Okay-okay. Ape benda yang kau nak bagi tau kat aku ni? macam agak serius jaa."
"Macam ni.kau kenal kawan aku yang nama dia Yus tu kan?"
"Kawan baik kau tu?yang selalu kena denda dengan cikgu Zainol sebab selalu lewat masuk kelas tu kan?" Sophea menjawab.
"A'aah". Jauh disudut hati Aziz dia berdoa mudahan Sophea tak kenal langsung dengan Yus tu, rupanya tekaan dia meleset sebab Sophea kenal Yus tu bahkan siap tau lagi perangai Yus tu macam mana.
"kenapa dengan dia? dan ada apa kena mengena dengan aku?". Tanya Sophea.
"Takk, macam ni. Dia cakap kat aku yang dia suka kat kau dan dia nak berkenalan dengan kau dengan lebih rapat lagii". Aziz menjawab dengan nada yang agak dalam keterpaksaan.
"Arghh, nonsenselah kau Aziz. Kalau dia suka kat aku kenapa tak dia je yang datang cakap kat aku sendiri?". Sophea geram dengan kenyataan Aziz.
"Aku dah suruh banyak kali dah macam yang kau cakap tu. Tapi dia cakap, dia segan nak berdepan dengan kau. Dia cakap kalau dia berdepan dengan kau mesti lidah dia kelu." Renungan Aziz yang tepat ke muka Sophea yang gebu tu semasa cakap terus Aziz berpaling ke tempat lain. Aziz tak relakan Sophea jatuh ke tangan orang lain. Namun kalau Sophea jadi milik Yus, Aziz seribu kali rela kerana Yus tu memang boleh diharap dan boleh menjaga Sophea lebih baik dari dia sendiri.
"Errhmm, tengoklah dulu Aziz. Aku fikirkan. Aku memang tak kisah nak berkawan dengan sapa-sapa tapi kalau dah masuk bab nak berkenalan lebih rapat ni aku tak biasalah." Sophea yang perasan renungan Aziz beralih arah dari matanya, dengan tingkah-laku Aziz yang tak sebelum ini. Seorang yang ceria, peramah dan tidak pernah sekali pun buat diri dia tak ketawa bila lepak dengan Aziz menjadi seorang yang agak muram hari ini. Dari situ Sophea dapat merasakan yang Aziz ni ada menyimpan sesuatu perasaan terhadap dirinya. Namun Sophea fikir itu mungkin hanya perasaan dia.
"Erhmm, kalau kau dah cakap macam tu Phea nanti aku sampaikan dekat Yus lah erk. Alah, korang berkenalanlah dulu. Buat macam aku mula-mula kenal kau. Okaylah Phea, aku balik dulu erk. aku ada hallah petang ni jadi tak dapat nak study dengan kau. Sorry erk." Aziz berkata dengan senyuman yang dibuat-buat.
"Ish kau ni Aziz, tadi masa rehat kau cakap kau free hari ni kan. Habis, kalau kau balik sapa lagi nak buat lawakk kat aku masa study nanti?" Sophea memarahi Aziz sambil mencubit tangan Aziz sebagai melepaskan geram.
"Oucchhh! sakitlah Siti Sophea Binti Abduk Karim oii. Yealakan, tangan aku ni memang diciptakan untuk kau cubit je kan? Erhmm, takpelah Phea, aku balik dulu erk. Esok jumpa lagi yea.
"Erhmm, okaylah. Hey Aziz, nanti kalau ada apa-apa bagi tau erk dan lagi satu jaga diri kau tu dah kurus kering aku tengok macam tak makan jee." Jawab Sophea sambil tersenyum.
"Okay Phea. kau nampak cantik dan manis bila kau senyum macam tadi jadi aku mintak kau kekalkan selalu macam tu erk". Aziz berkata sambil mengenyitkan mata pada Sophea lalu pergi dari tempat Sophea sedang study.
Sophea termenung seketika dan terfikir akan apa yang Aziz cakap tadi, "kau nampak cantik dan manis bila kau senyum macam tu jadi aku mintak kau kekalkan erk." sSophea terfikir sebab Aziz tak pernah cakap macam tu kat dia sebelum ni.
"Aziz, Aziz ada je benda kau nak buat ambik hati aku kan". bisik Sophea didalam hati.
Setelah beberapa bulan Yus berkawan rapat dengan Sophea, Aziz mendapat tahu yang Yus dah declare couple dengan Sophea. Aziz dapat tahu dari Yus sendiri dan Aziz lah orang yang pertama mendapat tahu tentang hubungan mereka itu. Kali ni hati Aziz betul-betul menangis namun Aziz redha walaupun hati dia tak sanggup nak melihat orang yang pertama dia suka, orang yang pertama dia sayang, dan orang yang pertama dicintai menjadi milik orang lain. Sejak dari itu Aziz mulai menjauhkan diri dari Sophea. Itu semua dia buat untuk melupakan Sophea. Kadang-kadang kalau dia terserempak dengan Sophea, Aziz akan cepat-cepat menyorok. Sophea yang perasan perubahan sikap Aziz yang drastik tu selepas dia dengan Yus declare couple. Kadang-kadang pada waktu rehat, Sophea mencari-cari Aziz di setiap penjuru bangunan sekolah sebab sudah agak lama dia tak nampak batang hidung Aziz tu. Kalau tak, sebelum ni kalau dia terfikir ja Aziz dengan tak semena-mena Aziz akan muncul depan dia seakan-akan tahu yang Sophea mencari dia. Tapi sekarang tak seperti yang diharapkan Sophea masa mula-mula kenal dengan Aziz dulu.
"Hey Aziz, tunggu jap". Jerit Sophea.
Aziz yang perasan suara Sophea yang memanggilnya, namun dia hanya buat tak dengar dan berharap dapat mengelak dari bersemuka dengan dia.
"Hey Aziz! Aziz! Aziz! Azizul Hakim bin Damanhori!!!." Panggil Sophea dengan nada yang agak marah.
"Ohh, kau rupanya Sophea. Kenapa?" Aziz menghentikan langkahnya sebab terasa kasihan dekat Sophea kerana memanggil namanya seakan-akan macam nak terkeluar anak tekak dia tu.
"Aku panggil kau tadi kenapa kau tak menyahut haa? aku panggil banyak kali tau tak!!? Sophea melepaskan geram.
"Alaaa, sorrylah aku tengah dengar mp3laa. Mana aku nak perasan kau panggil. Kenapa kau panggil aku."?. Tanya Aziz sambil melihat kearah bangunan sekolah. Aziz tak boleh nak tengok muka Sophea kerana kalau dia tengok muka Sophea, dia rasa ingin selalu dekat dengan Sophea. Tapi itu semua kisah 5,6 bulan lepas. Sekarang ni dia perlu buang semua perasaan dia terhadap Sophea.
"Ish, kau ni ada jaa alasaan yang kau nak bagi kan? Aku nak kau teman aku pergi bandar petang ni boleh tak? sebab Yus dia kena ikut ayah dia pergi ipoh nak uruskan apa entah. Boleh tak?". Tanya Sophea.
"Alaaa, Sophea. Bukan aku taknak teman kau tapi aku nak kena teman kakak aku pergi klinik. Soryy erk, aku tak boleh." Aziz menipu.
"Kenapa erk sejak kebelakangan ni kau macam nak mengelak dari jumpa aku erk? dah lamaa aku perasan." Dengan tiba-tiba Sophea tanya soalan yang Aziz dah agak.
"Ish, kau ni merepeka apa Phea? mana adaa aku nak mengelak dari kau, aku agak busy lah kebelakangan ni". Aziz memberi alasan.
"Sebelum aku dengan Yus, kau tak macam ni pun. Tapi kenapa lepas aku couple dengan Yus kau dah macam lain?". Kali ni Aziz betul-betul terperangkap dengan soalan Sophea.
" Erhmm, takpelah Phea aku ada kerja sikit ni. Nanti kita sembang lain erk. Haa lagi satu, kekalkan senyuman kau tu sebab kau nampak lebih cantik dan manis bila kau buat macam tu.". Tak sempat Sophea nak tanya lagi pada Aziz, Aziz dah berlalu pergi.
"Ya, Allah kenapa begitu susah sekali aku nak membuang perasaan aku terhadap dia? Kenapa nak buang perasaan ini tak sesenang bila aku mulai cintai dia? Jasad aku mungkin kuat untuk tanggung semua ini tapi hati aku terlalu lemah untuk menahan semua dugaan ini. Aku mohon kepadamu ya Allah, lepaskan dia dari perasaan aku ini sekiranya dia sememangnya bukan untuk aku. Kalau dengan melihat dia gembira dengan orang lain itu dah cukup untuk menenangkan aku, aku rela. Seribu kali rela".
Itulah ayat terakhir yang Aziz tulis didalam diary dia. Aziz mula tulis sejak dia mula-mula berkenalan dengan Sophea. Setiap apa yang dia lalui dengan Sophea sebelum ini dia akan semadikan didalam diary itu. Tapi kali ini dia nekad dia nak melupakan Sophea dengan memulakan dengan membuang diary itu. Tiada seorang yang tahu akan perasaan Aziz terhadap Sophea kerana Aziz lebih suka berahsia dan memendam perasaan even kepada kawan baik dia sendiri. Aziz tengok Yus dah banyak berubah sejak dia dengan Sophea couple. Yus yang dari seorang yang player sekarang dah tak macam tu lagi. Yus yang suka kenakan cikgu kat sekolah dah tak macam tu lagi. Pendek kata, banyak perubahan yang positife sejak Yus dengan Sophea. Bagi Aziz kalau itu bayaran untuk pergorbanan yang dia buat, Aziz tidak meyesal walau sedikit pun kerana ianya teramat berbaloi untuk berkorban untuk kawan walau perasaan sendiri yang terima akibatnya.
Petang sabtu Sophea pergi ke rumah Aziz dengan maknya untuk menghantar kad jemputan perkahwinan adik ayah Sophea. Semasa mak dia dan mak Aziz menyembang di dapur Sophea di ruang tamu. Masa itu Aziz tiada dirumah. Itu membuat Sophea sedikit kecewa kerana dia ikut mak dia ke rumah Aziz semata-mata nak bersembang dengan Aziz kerana sudah agak lama dia tak menyembang dengan Aziz. Semasa diruang tamu. Sophea membelek-belek majalah yang ada. Namun Sophea terjumpa satu buku seakan diari yang tertulis di muka depan 'Kau nampak lebih cantik dan manis bila kau senyum Phea'. Sophea terkejut kerana itu ayat yang Aziz selalu cakap kat dia masa mereka rapat dulu. Sophea buka dan baca setiap ayat yang ada dalam diary tu. Betapa terkejutnya Sophea kerana didalam buku tu hanya menceritakan tentang dia saja. Apa yang buat Sophea mengeluarkan airmata adalah, apa yang dia fikir sebelum ini yang dia anggap cuma peraasan dia saja adalah betul. Aziz begitu menyayanginya. Bahkan, selama ini Aziz selalu berada dekat dengan dia hanya untuk memastikan dia selamat even pada masa itu dia sedang keluar dengan Yus. Setiap perbuatan apa yang mereka buat semasa rapat dulu ditulis rapi. Takda sedikit pun yang tertinggal. Begitu sekali perasaan Aziz terhadap Sophea. Airmata Sophea tanpa henti mengalir ke pipi bila mengenangkan Aziz korbankan perasaannya hanya untuk kawan. Dan sekarang baru dia tau kenapa Aziz mengelak dari terserempak dengan dia sebab Aziz nak buang perasaan dia kat Sophea.
Selepas habis membaca, Sophea terus balik ke rumah dalam keadaan menangis. Semasa dalam perjalanan balik ke rumah, Sophea terlihat kelibat Aziz di tengah-tengah sawah yang sedang menghayati matahari terbenam. Tanpa berlengah, Sophea terus menuju ke arah Aziz.
"Kenapa kau buat semua ini?". Tanya Sophea sambil teresak-esak menangis.
Aziz yang terkejut dengan kehadiran Sophea tambah-tambah lagi dalam keadaan menangis. Aziz mengerutkan dahi tanda tidak paham.
"Kenapa kau buat semua ni? Aku tanya kau ni, jawab Aziz!". Sophea meninggikan suara.
"haaa? apa yang aku dah buat?". Aziz yang tidak tahu apa yang dah jadi terus menerus keliru.
"Kenapa kau tak cakap kau suka aku awal-awal haa? Kenapa kau perlu korbankan diri kau, perasaan kau untuk orang lain sedangkan kau yang akan rasa sakit? kenapa?". Sophea menangis tanpa henti.
Dengan nada yang perlahan Aziz menjawab "Entahlah Phea, aku pun tak tau kenapa aku boleh buat semua tu. Yang aku tahu aku cuma taknak sakitkan sapa-sapa, Yus, tambah-tambah lagi kau. Bila aku tengok kau dengan Yus happy itu dah cukup puas bagi aku. Yaaa, mungkin aku yang rasa sakit bila kita tengok orang yang kita suka, sayang dengan orang lain tapi bagi aku tak kisahlah semua tu. Yang lepas biarkan lepas. Dan sekarang ni aku nak kau dengan Yus kekal la. Dan tolong jangan bagi tauu Yus pasal ni. Kalau dia nanti apa pulak kata dia nanti."
"Kenapa kau tak berterus-terang dengan aku je dulu Aziz ." Bertubi-tubi soalan dikemukakan oleh Sophea kepada Aziz.
"Aku bukann taknak berterus-terang dengan kau Phea. Aku dah paksa diri aku nak berterus-terang dengan kau banyak kali dah. Tapi aku takda kekuatan dan keberanian nak buat semua tu. Lagi pun aku taknak merisikokan hubungan kita yang sedia ada semata-mata aku nak buat hubungan yang baru dengan kau. Yealakaan, kau boleh cakap belum cuba, belum tahu. Tapi lebih baik dan tak salahkan kalau sebelum kita cuba, kita cuba predict apa yang kita tak tahu apa yang mungkin akan jadikan.
"Eerrrhmm, Aku dah tak tau nak buat apa sekarang ni Aziz. Sebab aku, kau buat semua ni. Dan aku kagum dengan kau, kau pentingkan kawan-kaawan kau dari diri kau sendiri. Aku tak tau macam mana kau hadapi. Kalau aku kat tempat kau, mesti aku dah macam orang gilaa. No wonderlah kenapa si Yus tu rapat dengan kau." Sophea rasa bersalah.
"Alaaah, kau ni Phea buat ayat sedih pulak. Chill sudahlah. Aku dah okayla sekarang ni dan kau tak perlu buat apa-apa pun. Yang aku nak kau teruskan hubungan kau dengan Yus ni, Pasal aku kau jangan risau. Alah, macamlah kau sorang ja perempuan kat dunia ni kan. Banyak lagi boleh aku buat peganti." Aziz menjawab sambil menhayati matahari yang hampir terbenam seolah-olah menenggelamkan sekali perasaan yang dia ingin buang selama ini. Jauh disudut hati dia, dia bersyukur kerana Sophea dah tahu perkara yang sebenar.
"Memanglah perempuan ramai yang kau boleh buat peganti aku, tapi perasaan kau mesti lain nanti kan?".
"Kuasa Allah tu besar Phea oi, dia boleh ubah perasaan kita macam mana yang Dia nak. Mungkin nanti Dia buat perasaan aku lebih dari macam mana aku suka kau dulu, sapa taukan?". Aziz menjawab sambil memandang Sophea.
"Erhmm, betul jugak cakap kau. Jadi lepas ni bolehlah kita berkawan macam dulu kan?" Sophea nak dapatkan kepastian.
"Boleh tapi dengan satu syarat, kau kena jawab soalan ni dulu".
"Macam mana kau boleh tahu pasal ni?". Aziz nak tau kepastian.
"Aku pergi rumah kau dengan mak aku tadi, aku duduklah dekat ruang-tamu sambil baca majalah, aku ternampak diary kau, siap dengan ayat kau selalu cakap dekat aku dulu tuh. Jadi aku bacalah. Sebab tu aku tau. Itulah kau, lain kali kalau diary tu letak tempat yang privacy sikit. Ini ada ke letak kat ruang tamu. Cuai betullah kamu.". Sophea tersenyum.
"Laaa, aku ingatkan aku dah buang dah diary tu. Patutlah aku cari jumpa-jumpa. Ni kerja adik aku si Humaira tulah duk selongkar bilik aku saja.
"Jadi aku patut berterima kasih dekat adik kau lah sebab kerana dia aku dapat baca diary tu. Kalau tak, mesti kau pun senyap jee kan .
SEKIAN~
No comments:
Post a Comment