Social Icons

Pages

Saturday, January 28, 2012

Dengan senyuman sahaja kita dah boleh agak apa yang tersirat dan apa yang tersurat.
Namun dengan senyuman dah di anggap satu perkenalan.
Tapi senyuman ni kadang-kadang ada macam-macam jenis dan macam-macam makna.
Tapi orang orang yang perasan dan empunya diri yang senyum saja yang tahu.
Dan yang lebih mengetahui yang Maha Pencipta. :)
Namun kalau senyum orang yang berhenti mengharap mesti lain bukan?
Mengharap sesuatu yang dah di usahakan namun yang menjadi persoalannya sama ada berjaya atau tidak.
Ya, memang mungkin tak semua yang kita usahakan dan kita harapkan akan dimakbulkan.
Hujung pangkalnya, sebelum menyerah kita mesti dahulukan usaha.
Sebab dengan usahalah tangga kejayaan walaupun kejayaan tu diberi dari yang lain seperti yang kita harapkan.
Bila sudah usaha ditambah pulak dengan kesabaran memang akan memperoleh kebahagiaan yang diimpikan.
Sebab kesabaran ni banyak fadhilatnya.
Orang yang sabar adalah orang yang sangat di sukai oleh Allah kerana tidak cepat mengalah.
Sabar juga akan metabahkan seseorang itu dan menjadikan seseorang itu lebih matang.
Ada tiga cara yang paling berkesan:
  1. Percakapan
  2. Perbuatan
  3. Hati
Di mulakan dengan percakapan di mana kita harus berterus-terang sesuatu yang nak dihajatkan walaupun kadang-kadang keputusan akan mengecewakan.


Jika dengan percakapan gagal atau tidak sanggup digunakan kadang-kadang dengan perbuatan akan mendorong kita untuk lebih kreatif untuk mendapatkan sesuatu. Dalam tak sedar kita akan buat sesuatu yang kita sendiri tak sangka akan berjaya.


Dengan hati pula, kalau dah kedua-dua cara tak berjaya juga, bertawakallah. Sebab kadang-kadang orang yang bertawakal ni akan dimakbulkan. Kalau tak, memang yang di harapkan tu memang takkan jadi kenyataanlah. Jadi, lebih baik beralih kepada sesuatu yang baru. Mana tahu, dengan beralih pada sesuatu yang baru akan membuat senyuman kita lebih bermakna dari sebelum ni. 


Seseorang itu akan berhenti mengejar sesuatu tak semestinya seseorang itu dah mengaku kalah, dah putus harapan, dah berhenti berharap. Bak kata orang, selagi kita tak pasti akan jawapannya, jangan putus harapan  pada sesuatu yang baru atau yang lama. Sebab Allah sengaja melambatkan jawapan hanya untuk menguji sejauh mana keimanan ciptaan-Nya bertahan dengan dugaan jiwa yang diberi-Nya.




Sekali sekeping potret yang kertasnya di jiwa terukir,
amat susah nak dihilangkan.
Walaupun tidak ada warna, tidak ada bau dan suara, 
namun kesannya melekat lama.
Nak dihilangkan ibarat air di laut yang nak menghakis batu  di tepi pantai.
Si dara menjual sekeping potret tersangatlah mahal,
Si teruna pula hanya berbekalkan dengan segulung hati.


                                 Stop trying  doesn't mean you are loser. It is called Sacrifice. LOL? T__T 






No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates