Bulan depan Kimie akan berangkat ke Australia untuk melihat tapak projek bagi menguruskan tender yang diluluskan oleh syarikat di Austrlia. Namun, jauh disudut hati Kimie dia ingin mencari jawapan bagi persoalan yang telah menjadi tanda tanya. Hendak atau tidak dia harus melupakan tentang itu dahulu kerana ingin membuat yang terbaik bagi project ini terlebih dahulu kerana untuk memajukan syarikat milik keluarganya dan Kimie juga merupakan satu-satunya pewaris yang tinggal didalam keluarga Tan Sri Abdullah. Dan Kimie harus mengalas tanggungjawab yang besar walaupun dia sendiri tidak mahir lagi untuk menguruskan hal-hal pejabat.
Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Tan Sri Abdullah ditemani oleh Puan Sri Norlimah menghantar anak tunggal mereka ke lapangan terbang untuk ke Australia.
"Pa Kimie pergi dulu yea, doakan keselamatan dan kejayaan Kimie". Kimie meminta restu.
"Yea, Kimie. Papa sentiasa mendoakan apa yang terbaik untuk anak-anak papa". Tan Sri mejawab.
"anak-anak Papa? bila masa papa kawin lain?bunyi macam papa ada anak selain Kimie je?bukan Kimie sorang je ke anak papa?". Kimie berseloroh sambil tersenyum.
"Ishh kamu ni Kimie, sempat lagi tu nak bergurau dengan papa kamu ni". Mama Kimie mencelah.
"Itulah abang ni, manjakan dia sangat masa dia kecik, kan dah terbawa-bawa sampai ke besar".
"Alah, awak ni dia kan anak kita, apa salah abang manjakan dia?". Tan Sri menjawab.
"Yealaah, abang tu manjakan dia sangat, yang saya ni awak tak manjakan macam mana abang manjakan dia". Sedikit cemburu Puan Sri dengan anaknya.
"Sejak bila awak pandai cemburu dengan anak sendiri ni?makin awak cemburu makin sayang abang dekat awak". Tan Sri memjuk sambil tersenyum.
"Abang memang ada je kan nak pujuk saya macam mana?". sambil memeluk suaminya tanpa menyedari anak kesayangan mereka itu memerhatikan mereka dari tadi sambil tersenyum.
"Alah, mama ni itu pun nak jealous ke?Kimie kan satu-satunya anak Papa dan Mama. Kalau takda you both siapa yang nak Kimie nak buat macam ini? Papa Kimie sayang and Mama pun lagi Kimie sayang, you are both is my angels". Kimie mencelah.
Tan Sri dan Puan Sri tersentap dengan kata-kata Kimie sebentar dan mereka saling berpandangan.
"Pa? Ma ? what going on? Kimie salah cakap ke?. Kimie merasa hairan dengan tingkah laku kedua ibu bapanya.
"Takda apa la Kimie, Kimie tak salah cakap pun". Puan Sri menjawab dengan senyuman.
"Son, better you go now. Nanti terlambat pulak". Tan Sri menyambung.
"Amboi, cakap macam halau Kimie je." Kimie bergurau mereka tertawa bersama-sama.
"Okayla Pa and Ma, Kimie pergi dulu yea nanti bila dah sampai dekat sana dengan pantas Kimie akan call Papa and Mama".
Selepas bersalaman dengan kedua orang tuaanya Kimie pun berlepas ke Australia. Dengan perasaan berat untuk meninggalkan kedua ibu bapanya Kimie rela.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment