Kita rasakan malam itu bintang faham akan perasaan kita.
Bulan pula tersenyum dengan gelagat kita.
Walau pun kita tak pernah menyentuh bulan dan bintang.
Tapi dengan menghayati malam itu memang menenangkan.
Akan membuat kita akan berfikir apa yang kita dah lakukan pada zaman silam dan apa yang kita rasakan sekarang ni.
Dengan tak semena-mena kita akan berfikir apa yang kita harus kita lakukan.
Pada saat itu, kita akan tersedar bahawa ada hikmah pada sesuatu kejadian.
Airmata bergelinangan di kelopak mata seakan-akan ingin meluahkan perasaan yang terkubu di hati.
Kerana airmata dengan hati memang saling berhubung.
Menenangkan hati yang gundah gulana dengan menghayati permandangan ciptaan Allah memang sesuatu yang berkesan.
No comments:
Post a Comment