dia telah terima aku sebagai kekasihnya.
Tapi dengan syarat, dimana aku disuruh berjanji tidak akan meninggalkanya.
YA ! aku berjanji takkan tinggalkannya walau apa pun terjadi.
Jauh disudut hatiku mengatakan mungkin esok lusa aku akan mati.
Hidup mati ditangan Tuhan.
Aku membuat janji yang aku sendiri tidak tahu boleh menunaikannya atau tidak.
Walaupun sekejap aku bersama dia, aku rasa teramat bahagia.
Kerana penantian aku selama 3 tahun tidak sia-sia.
Seorang perempuan yang berwajah ayu, putih tidak jemu aku memandang setiap hari.
Namun, hati aku menangis sebab sampai bilakah aku dapat menatap wajahnya ?
Aku diberitahu doktor bahawa aku telah mengidap barah otak paras tiga.
Kemungkinan besar hanya hidup untuk tempoh enam bulan.
Mak aku menangis apabila mendapat tahu sendiri perkara itu.
Dan aku sendiri tersenyum dan airmata mengalir tanpa henti.
Tersenyum melihat seorang ibu yang menjaga aku dari kecil sampai besar.
Tersenyum melihat seorang ibu prihatin dengan aku.
Tersenyum melihat seorang ibu tidak rela apa yang aku hadapi.
Dan Tersenyum melihat keluarga aku mengambil berat tentang aku.
Cakap orang, kalau orang tu pergi mengadap-Nya lebih awal,
maknanya Allah tu sayang akan orang tu.
Jadi aku tidak sedih dengan apa yang terjadi terhadap aku.
Dan mungkin dah sampai masanya untuk aku pergi.
Tapi setiap kali dia minta aku tidak tinggalkannya, aku sebak.
Sebak yang teramat sangat.
Jauh dari sudut aku, kalau boleh aku tidak akan tinggalkannya.
Walaupun sesaat aku takkan tinggalkannya.
Aku amat menyayanginya sepenuh hati aku.
" Ya Allah, kalau ini dugaan yang Engkau beri padaku, aku terima Ya Allah.
Aku percaya bahawa Engkau tidak pernah menzalimi hambaMu, dan Engkau tidak
akan menduga hambuMu lebih dari apa yang hambMu boleh tanggung. Dan Engkau
peliharalah keluargaku dan kekasihku setelah aku menghembuskan nafas yang terakhir.Amin"
Doa yang aku baca tiap-tiap hari selepas selesai sembahyang.
Dan doa ini tidak akan berhenti aku bacakan sehingga aku mati.
Dia tidak pernah tahu penyakit yang aku hidapi sekarang.
Sebabnya aku tidak mahu melihat dia menangis setelah tahu tentang apa yang aku hidapi.
Biarlah dia tahu setelah aku mati kerana aku lebih rela tidak melihat dia menangis
dari aku melihat sekarang.
Waktu aku pergi telah sampai.
Aku dikejarkan ke hospital lepas aku pengsan dan telinga dan hidung aku mulai berdarah.
Seluruh keluarga aku berada disamping aku.
Aku tersenyum dan memandang Emak aku yang sedang menangis disamping aku.
Mereka tahu aku akan pergi buat selamanya, dan bagi menyejukkan hati mereka aku
mengatakan aku akan selalu berada dihati dan ingatan semua orang.
Aku terkejut apabila dicelah-celah keluarga ada seorang perempuan yang sayangi.
"Kenapa awak tak beritahu saya yang awak ada penyakit macam ni dan awak akan pergi untuk tinggalkan saya?"Awak tipu saya, awak tak tunaikan janji awak kat saya yang awak takkan tinggalkan saya walaupun apa-apa pun terjadi"Awak! Saya sayang awak sangat-sangat tau tak?Boleh tak awak jangan tinggalkan saya?"
Aku tersenyum.
"Saya mintak maaf awak." Bukan niat saya nak buat awak macam ini." Saya nak awak jadi milik saya sebelum saya mati sebab tu saya buat macam ini.' Saya nak tengok awak setiap hari." Saya nak tengok senyum awak."Dan saya mintak maaf untuk buat awak menangis kerana saya."Awak relakan kepergiaan saya ek".
"Tapii awak, saya perlukan awak" Saya nak awak."
"Awak, kalau awak sayang saya, awak relakan saya pergi dengan aman ek."Saya taknak tengok awak menangis depan saya."Airmata awak amat berharga bagi saya".
"Saya relakan awak pergi."
"Terima Kasih awak."
"I love you till death."
"Emak, relakan Ejoy pergi ek."Emak pun jangan menangis."Ejoy tak nak tengok Emak menangis sebelum pergi."Ejoy mintak maaf kat emak dan kat semua orang kat sini kalau selama Ejoy hidup Ejoy banyak menyusahkan orang."Halalkan makan-minum dan Emak halalkan susu badan Emak dan terima kasih sebab lahirkan Ejoy kat dunia ni.
"Emak relakan Ejoy pergi dan Emak halalkan segala apa yang Emak pernah bagi."
"Emak doakan Ejoy berada disamping orang beriman."
"Terima Kasih Emak."
"Ingat Ejoy sayang Emak dan semua kat sini."
"Dan terima kasih sebab menjaga Ejoy selama ini."
"Selamat tinggal semua."
Aku terbangun dari tidur.
Bbaru aku sedar aku hanya bermimpi.
dan airmata masih lagi mengalir.
memang sedih.jangan buat blog yg bg air mata org keluaq boleh dak? hehe.XD
ReplyDelete